CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Pahang] 9 GRO ditahan

[Copy link]
Post time 14-6-2022 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Seramai 11 individu termasuk sembilan warga asing ditahan dalam Op Noda di dua premis hiburan di bandar raya ini, kelmarin.

Mereka yang ditahan ialah dua lelaki tempatan yang juga penjaga premis hiburan manakala sembilan wanita warga asing dari negara jiran.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka yang ditahan berusia antara 21 dan 39 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati sembilan warga asing itu bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

"Dalam kes ini, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 558 Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pendatang tanpa izin, Seksyen 308 Peraturan Imigresen 1959/83 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial.

"Siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 1(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah, Seksyen 30 Enakmen Hiburan Pahang 1993 kerana menjalankan perniagaan melebihi masa yang ditetapkan.

"Penahanan 11 individu terbabit dilakukan melalui Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Pahang bagi Jun 2022, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.


RAMLI (kanan) menyampaikan penghargaan kepada penerima pada Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Pahang bagi Jun 2022 di Kuantan. FOTO Asrol Awang
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gro-ditahan-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040482 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list