View: 370|Reply: 0
|
[Terengganu]
Dokumen RPP-2 untuk perancangan pembangunan zon pesisir pantai
[Copy link]
|
|
REEZAL Merican (dua kanan) melihat plan tapak projek pembangunan pusat pengangkutan bersepadu di bandar Permaisuri, Setiu sempena Majlis Pelancaran Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara Ke-2 di Laman Seri Rhu Sepuluh, Setiu. FOTO Ghazali Kori
Setiu: Kerajaan yakin dokumen Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara ke-2 (RPP-2) mampu dijadikan panduan dalam perancangan pembangunan di zon pesisiran pantai dalam mewujudkan Malaysia Berdaya Huni.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dokumen RPP-2 atau dokumen Keluarga Malaysia juga diwujudkan sebagai langkah persediaan menghadapi fenomena perubahan iklim yang sedang berlaku di samping penjagaan dan pemuliharaan kawasan sensitif alam sekitar terutama di kawasan pesisir pantai.
Beliau berkata, ia memperincikan pendekatan yang boleh diambil dalam isu-isu berkaitan perubahan iklim seperti kenaikan paras air laut, hakisan pantai dan risiko bencana tsunami yang memerlukan satu perancangan komprehensif dan berkesan di pelbagai peringkat.
Katanya, isi kandungan RPP-2 bukan hanya menyentuh peranan pihak-pihak berkuasa daripada pelbagai peringkat kerajaan tetapi turut menyentuh tanggungjawab bersama yang harus digalas segenap Keluarga Malaysia khususnya yang berada di dalam lingkungan RPP2 ini.
"RPP-2 ini buat kali pertama kalinya memperkenalkan satu indikator penting iaitu Indeks Kerapuhan Pantai Negara (NCVI) yang mana Malaysia menjadi negara pertama menyediakan NCVI bagi keseluruhan kawasan pesisiran pantai negara.
"Kewujudan NCVI ini dapat memperkukuhkan lagi strategi meningkatkan daya tahan terhadap ancaman risiko bencana dan perubahan iklim bagi memelihara eko-sistem dan biodiversiti di kawasan pesisiran pantai sekali gus menjadi asas kepada pengurusan pesisiran pantai negara yang lebih mampan dan lestari," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara ke-2 (RPP-2) di Laman Seri Rhu Sepuluh Setiu di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu Dr Alias Razak.
Reezal Merican berkata, RPP-2 memperincikan satu kanvas persekitaran yang berlaku di sepanjang lebih 3,800 kilometer (km) pesisir pantai seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Katanya, ia juga meliputi kawasan seluas hampir tiga juta hektar yang merangkumi lebih 1.2 juta hektar kawasan darat dalam lingkungan lima KM dan lebih 1.6 juta hektar kawasan laut dalam lingkungan tiga batu nautika dari zon pasang surut.
"Malah, keberadaan kita di Terengganu ini juga sebenarnya cukup signifikan kerana Terengganu adalah negeri yang mempunyai pantai berpasir paling panjang iaitu 123.5 KM atau 28 peratus daripada keseluruhan 440 KM pantai berpasir di seluruh kawasan kajian RPP-2 ini.
"RPP2 itu turut membabitkan 45 pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mentadbir di sepanjang pesisir pantai dan semua pihak perlu menjadikan dokumen ini sebagai satu kanvas pemetaan dalam sebarang pemajuan dan aktiviti yang membabitkan pesisiran pantai.
"Saya juga mencadangkan PLANMalaysia dapat bekerjasama dengan negara Asean lain untuk menghadapi isu-isu berkaitan perubahan iklim dan kenaikan aras laut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -zon-pesisir-pantai |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|