View: 330|Reply: 0
|
[Pahang]
Wakaf wang tunai serendah RM5
[Copy link]
|
|
Mohd Farid (kiri) mengadakan program penerangan wakaf di Kampung Juara, Pulau Tioman.- Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat
KUANTAN: Mewakafkan harta bernilai RM2.5 juta untuk membina Masjid Felda Bukit Puchong, Bera antara wakaf terbesar yang pernah diterima oleh Wakaf Pahang Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Pegawai Dakwah dan Pemasaran Wakaf Pahang, Mohd Farid Mohd Ramly, berkata selain wang tunai, turut diwakafkan ialah tanah dan bangunan bagi tujuan untuk dibangunkan.
Menurutnya, bagi wakaf wang tunai ia digunakan untuk membantu dalam bidang pendidikan, keagamaan, kesihatan, ekonomi dan sosial.
Katanya, kini terdapat kira-kira 5,234 individu di Pahang telah tampil untuk berwakaf dengan Wakaf Pahang MUIP bernilai RM2.7 juta.
"Kita jangka individu yang akan berwakaf akan terus bertambah setiap tahun terutama apabila kempen berwakaf dan sesi penerangan diadakan sepanjang tahun.
"Bagi wakaf wang tunai ia boleh dilakukan bermula dengan RM5 dan kaedah bayaran boleh digunakan secara tunai di Pejabat Kutipan Zakat Pahang, potongan gaji dan perbankan online," katanya, di sini, hari ini.
Beliau berkata, untuk memperkenalkan Wakaf Pahang MUIP, pihaknya kini giat mengadakan sesi penerangan kepada agensi kerajaan dan swasta termasuk kesemua sekolah di negeri ini.
Mohd Farid berkata, masih ramai masyarakat Pahang tidak memahami apa itu wakaf, ada dalam kalangan mereka menganggap wakaf hanya layak dilakukan oleh individu yang berharta sahaja.
"Wakaf boleh dibuat serendah RM5, kita boleh buat potongan gaji tanpa perlu datang berjumpa pegawai Wakaf Pahang MUIP bertugas.
"Hasil wang wakaf yang kita terima diagihkan kepada golongan yang layak, agihan dilakukan sepanjang tahun dalam usaha membela nasib mereka yang memerlukan," katanya yang berharap lebih ramai lagi penduduk Pahang berwakaf.
https://www.bharian.com.my/berit ... -tunai-serendah-rm5 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|