CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 1

[Pahang] Pahang jenama semula durian kampung premium

[Copy link]
Post time 18-6-2022 11:57 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Soffi (dua dari kiri) menyampaikan benih durian Musang King kepada penduduk mukim Budu dan mukim Tanjung Besar di sini.- Foto NSTP/Roselan Ab Malek

LIPIS: Kerajaan negeri Pahang melalui Jabatan Pertanian Negeri akan menjenamakan semula durian kampung premium di negeri ini dalam usaha mempopularkan buah berkenaan dan mendapat harga lebih lumayan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak, berkata penjenamaan semula durian kampung premium boleh memberi nilai komersial kepada produk itu.

"Sebagai contoh "Musang King" yang kini meraih harga antara RM30 hingga RM60 sekilogram di sini dan dieksport, sebelum ini dikenali sebagai "duriankunyit" dan meraih harga hanya antara RM10 hingga RM15 sekilogram sahaja.

Katanya, masih banyak spesies durian kampung lazimnya ditemui di kebun sekitar kampung tradisi yang masih tidak didaftarkan, sedangkan kualiti dan rasanya setanding dengan Musang King.


"Durian kampung premium ini hanya popular di kawasan asalnya dan kebanyakan durian ini hanya dikenali sebagai durian kampung sahaja.

"Disebabkan perkataan 'durian kampung' itu, harganya menjadi rendah kerana jika dijual RM15 sekilogram sudah dianggap mahal," katanya.

Mohd Soffi berkata demikian selepas menyampai benih durian Musang King kepada 60 penduduk mukim Budu dan mukim Tanjung Besar di Lubuk Hik, Budu, dekat sini.

Katanya, usaha menjenamakan semula durian kampung itu juga mendapat sokongan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail yang melihatnya sebagai platform untuk membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

"Mereka yang menanam durian di kampung biasanya melakukannya dalam skala kecil sedangkan ia sangat berpotensi untuk dibangunkan secara komersial.

"Sehingga ini cuma terdapat enam jenis durian kampung premium yang telah dikenalpasti untuk didaftarkan, menerusi hasil pertandingan peringkat daerah yang boleh diketengahkan," katanya.

Pada masa sama, Mohd Soffi berkata, kadar pengeluaran durian klon dan kampung di Pahang tahun ini dijangka berkurangan 10 hingga 20 peratus akibat faktor cuaca.

Beliau berkata, musim hujan pada penghujung Mac ke April lalu memberi kesan kepada penghasilan debunga durian, sekali gus memberi impak kepada jumlah pengeluaran buah.

"Selain faktor cuaca, kos baja yang meningkat dan kekurangan pekerja di ladang selain ancaman musuh seperti kera dan tupai turut menjejaskan pengeluaran durian.

"Kekurangan buah durian khususnya jenis klon kemungkinan menyebabkan harga raja buah itu naik jika permintaannya tinggi.

"Namun, penetapan had harga durian adalah bergantung kepada penjual dan persetujuan pembeli tu sendiri," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ian-kampung-premium
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 12:08 PM | Show all posts
Durian kampung sebenarnya ada kualiti & rasa yang unik.  Cuma ada golongan yang memilih dan menggangap spesies yang mahal adalah lebih sedap.  Pada pandangan saya, itu tidak benar sekali.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.060103 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list