CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24111|Reply: 27

Loreng Corak Biasa atau Digital-Mana Yang Lebih Baik

[Copy link]
Post time 21-9-2010 08:28 PM | Show all posts |Read mode
Loreng Corak Biasa atau Digital-Mana Yang Lebih Baik

[url=http://en.wikipedia.org/wiki/FileadPatTW.jpg][/url]
MARPAT


Jika diperhatikan sekarang banyak angkatan tentera di serata dunia telah menggunakan corak loreng yang lebih moden iaitu corak loreng digital (digicam-digital camouflage) sebagaimana salah satu contoh yang ditunjukan di sebelah. Maksud loreng digital adalah corak loreng yang menggunakan corak mikro atau lebih tepat dipanggil corak pixel. Negara yang mula-mula menggunakan corak loreng digital adalah Kanada dengan corak dikenali sebagai CAnadian Disruptive PATtern (CADPAT). Kemudian corak loreng ini seolah-olah menjadi kegilaan pada lain-lain negara dan ianya seterusnya beransur-ansur menjadi corak loreng bagi sesetengah negara. Corak ini direka adalah untuk menjadikan pemakainya lebih halimunan pada pandangan mata kerana coraknya lebih kecil dan samar-samar.


Flecktarn
Corak loreng digital ini sebenarnya adalah merupakan legasi atau sambungan penggunaan corak loreng dari jenis flecktarn atau corak loreng jenis titik-titik kecil (Fleck=titik, Tarnug=loreng). Ia adalah corak-corak kecil yang digabungkan bersama dan membentuk corak loreng. Corak loreng ini telah digunakan seawal tahun 1930-an oleh tentera Jerman. Selepas kekalahan Jerman, corak ini hanya digunakan selepas tahun 1990 selepas pelbagai siri ujian. Jepun juga menggunakan loreng corak ini.  



DPM
Manakala corak loreng yang banyak digunapakai sebelum ini dikenali sebagai Disruted Pattern Material  (DPM). Corak ini pada asalnya mula digunakan oleh komando dan pasukan payung terjun British dikenali sebagai Demison Smock. Selepas sedikit perubahan terhadap corak tersebut, corak DPM mula diperkenalkan oleh British pada 1960an dan ia kemudiannya diikuti oleh lain-lain negara untuk dijadikan sebagai keperluan pakaian tempur.


Namun, terdapat percanggahan mengenai corak mana yang lebih sesuai untuk digunakan sebagai corak loreng bagi kegunaan uniform tempur. Ini adalah berikutan daripada operasi yang dijalankan oleh tentera Amerika Syarikat di Afghanistan. Mereka menggunakan loreng dari jenis Universal Camouflage Pattern (UCP). Ia menggunakan warna kelabu dan perang. Ia direka untuk membolehkan ia memberikan penyamaran kepada pemakainya di kawasan bandar dan juga kawasan gurun memandang tentera Amerika menjangkakan operasi ketenteraan selepas ini akan berlaku di kawasan bandar dan bukan sepenuhnya di kawasan hutan. Pelbagai rungutan yang diutarakan oleh anngota tentera Amerika terhadap corak ini yang dikatakan tidak sesuai digunakan di kawasan gurun dan juga dikawasan pegunungan. Mereka kerap membandingkan dengan corak loreng Marin mereka yang menggunakan corak MARPAT (MARine PATtern) yang mana lebih menampakan ciri-ciri penyamaran di kawasan padang pasir dan pergunungan. Bagi memastikan moral tentera mereka sentiasa dipelihara, Jabatan Pertahanan Amerika telah mengarahkan satu kajian dibuat untuk mengkaji corak loreng yang sesuai digunakan untuk menggatikan UCP dan hasilnya satu corak yang dikenali sebagai MultiCam tercipta. Ia dikatakan mampu digunakan di pelbagai keadaan bentuk muka bumi kerana warna yang digunakan iaitu tujuh jenis warna dan juga coraknya iaitu corak coffee stain  mampu menyamarkan pengguna seperti yang ditunjukkan. Kesilapan besar yang dilakukan semasa pemilihan loreng UCP adalah ia hanya direka untuk satu-satu keadaan dan tidak berfungsi dengan baik sebagaimana loreng sebelum ini ataupun sebagaimana loreng multicam.





Tidak semua loreng  digital tidak mampu memberikan perlindungan yang baik. Sebagai contoh lihat sahaja loreng baru tentera Singapura yang mana warna digunakan dapat memberikan perlindungan kepada pemakainya. Apa yang dapat dilihat sekali imbas adalah warna senjata SAR-21 mereka sahaja. Ia juga dapat mengurangkan dikesan oleh alat pandang malam.


Bagi tentera Malaysia, kita masih menggunakan loreng corak biasa sebagaimana yang diketahui. Corak loreng a DPwal digunakan dari jenis brushstroke yang mana ianya adalah seakan-akan loreng DPM dan juga loreng tentera India tetapi dengan warna yang gelap untuk disesuaikan dengan keadan persekitaran hutan khaltulistiwa.

Selepas corak ini, corak Harimau Kumbang diperkenalkan bagi menggantikan corak ini tetapi ia hanya dijadikan sebagai demo sahaja. Kenapa dan sebab ia tidak memasuki perkhidmatan diketahui. Mungkin corak dan warna yang digunakan tidak dapat memberikan penyamaran yang baik. Kemudian corak loreng baru diperkenalkan iaitu corak loreng Harimau Kumbang yang digunakan sehingga sekarang. Corak tersebut jika dilihat sekali imbas seakan-akan corak woodland tentera Amerika Syarikat kecuali perbezaan di garisan hitam yang seakan-akan garisan belang harimau belang. Apa apa pun setakat ini loreng Malaysia masih boleh memberikan penyamaran yang baik kerana warna dan bentuk loreng tersebut yang sesuai. Cuma apabila ditanya veteran-veteran, mereka sebenarnya lebih menyukai loreng corak lama.  

Apa-apa pun corak mana yang mana lebih baik, jawapannya adalah terpulang kepada kombinasi warna, corak loreng itu sendiri dan persekitaran kawasan operasi menentukan loreng tersebut baik atau sebaliknya. Apa yang penting kualiti bagi kesan penyamaran yang dapat digunakan untuk jangka masa panjang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 07:38 AM | Show all posts
loreng amerika yg baru bg aku mmg sesuai digunakan , sebab tahap penyamaran mmg tinggi , bergaya pun mmg bergaya , tp mungkin perlu difikirkan pakaian yg mampu berikan penyamaran haba , sbb dlm pertempuran malam , sistem pengesanan haba mainkan peranan , mcm pakaian sniper .
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 07:44 AM | Show all posts
malaysia da pakai celoreng digital nih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 09:44 AM | Show all posts
Reply 3# 5229


    mungkin pasukan gerak khas(komando) akan pakai.. teknologi ni amat expensive...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:04 PM | Show all posts
malaysia da pakai celoreng digital nih?
5229 Post at 22-9-2010 07:44 AM



    APMM pakai digicam kalu x silap aku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 12:13 PM | Show all posts
Reply 5# malberi8


    hebat..byk peruntukan kewangan kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2010 12:24 PM | Show all posts
APMM pakai digicam kalu x silap aku...
malberi8 Post at 22-9-2010 12:04


apmm punyer special unit..star..dh pakai digicam..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 02:09 PM | Show all posts
SG punye askar tu nampak smart....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2010 02:40 PM | Show all posts
Reply 8# lkick2113


    Singapore memperuntukkan perbelanjaan Pertahanan paling tinggi dalam bajet negara..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:17 PM | Show all posts
tak perlu terburu buru pasal ini ,  mungkin kita pakai yg mcm HALO punya tu , baru gempak
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 06:22 PM | Show all posts
pake yg seperti taliban punya yaitu putih lusuh dekil tapi mampu menahan serangan AS+Brits
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 06:43 PM | Show all posts
Reply 11# gede_babi

Apasal tak kata bogel mcm org Mesolitik! dulu ada perang gak bogel lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:29 PM | Show all posts
preferred multicam tuk tentera malaysia..huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 08:36 PM | Show all posts
Reply 13# Periuk_api1209

Kena buat paperwork dulu... bukan senang nak tukar..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 09:20 PM | Show all posts
bkn setakat baju , semua kena tukar ni ,
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 06:52 AM | Show all posts
menurut pendapat ane, di jaman moden ini msian military uniform lebih baik pake seragam yang up to date. mereka adalah pembela negara dan rakyat. jadi mereka harus pake uniform terbuat  dari latex atau stocking seperti batman dan superman, dan pake cawat di luar. kerana mereka adalah tentara super, jadi uniformnya juga super.



atau bullet proof armour seperti ironman


bagaimana setuju?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2010 07:35 AM | Show all posts
Reply 16# gede_babi


    Tak setuju sebab pandangan itu hanya kanak-kanak sahaja bagi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 07:41 AM | Show all posts
ok kalo tak setuju, nanti ane anjurkan ke MoD Singapore.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 12:32 PM | Show all posts
ok kalo tak setuju, nanti ane anjurkan ke MoD Singapore.
gede_babi Post at 23-9-2010 07:41


nmpk sgt mentaliti indon mcm mana..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 12:54 PM | Show all posts
Reply 19# asher

Mentaliti kelas ketiga ke??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.547565 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list