CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Kelantan] 1,547 lot tanah di Kelantan sudah diwartakan untuk projek ECRL

[Copy link]
Post time 18-6-2022 12:13 PM | Show all posts |Read mode

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Foto fail NSTP

KOTA BHARU: Sebanyak 1,547 lot tanah di Kelantan sudah diwartakan bagi fasa pertama untuk projek Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata tanah berkenaan diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.

Katanya, sehingga kini, urusan pengambilan tanah yang dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Kelantan bagi fasa pertama itu sudah selesai.

"Pengambilan tanah untuk projek ECRL di Kelantan dilaksanakan secara berfasa yang membabitkan jajahan Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.


"Secara keseluruhan, projek ini berjalan lancar termasuk dari segi proses pengambilan tanah. Beberapa isu berbangkit berkaitan pengambilan tanah dapat diselesaikan oleh pihak kementerian dengan kerjasama baik semua pihak, terutama kerajaan negeri.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan semua agensi yang terbabit dalam melancarkan pelaksanaan projek ECRL di Kelantan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Takiyuddin berkata, bagi fasa dua, JKPTG Kelantan sudah menerima permohonan pengambilan tanah yang membabitkan lot tambahan sejumlah 109 lot di Machang, Bachok dan Pasir Puteh.

Katanya, permohonan itu sudah diangkat kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa negeri sebelum diwartakan.

"KeTSA turut mengambil perhatian kepada aspek kemampanan ekologi agar kesan kepada ekosistem untuk hidupan liar dan habitatnya adalah terkawal.

"KeTSA melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia sudah mengambil tindakan dengan memperkukuhkan Pelan Pengurusan Hidupan Liar atau Wildlife Management Plan (WMP) dengan membangunkan garis panduan berkaitan pelaksanaan WMP agar selari dengan keperluan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)," katanya.

Sebagai rekod, projek ECRL sepanjang 665 kilometer (km) merangkumi pembinaan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Kelantan bakal mempunyai dua stesen ECRL iaitu stesen penumpang di Tunjong, Kota Bharu serta stesen penumpang dan kargo di Pasir Puteh dengan jajaran ECRL membabitkan 43.86km.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-untuk-projek-ecrl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.156776 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list