CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

[Terengganu] Air bertakung bongkar penemuan mayat

[Copy link]
Post time 20-6-2022 02:33 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa. FOTO Rosli Ilham

Dungun: "Saya pelik melihat air paip dari dalam rumah mangsa mengalir sehingga bertakung di depan rumah," kata Mohd Rozlan Deraman sebelum menemui mayat jirannya yang membengkak, hari ini.

Mayat Anuar Yusof, 52, ditemukan dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah di Kampung Lubuk Panjang Bukit Besi, jam 8.30 pagi.

Mohd Rozlan, 55, yang berniaga kedai makan bersebelahan rumah mangsa berkata, kali terakhir dia menemui mangsa pada pagi khamis lalu ketika dia minum di kedainya.

"Dia memang tinggal bersendirian di rumah itu. Pagi khamis itu dia datang minum dan seperti biasa, arwah akan bergurau dengan saya dan penduduk kampung serta tidak menunjukkan perbuatan pelik.

"Pada hari sama kira-kira jam 7 malam, saya ada mendengar dua kali mangsa menjerit dan saya tidak ambil pusing dan menganggap mungkin kerana mangsa bosan," katanya.

Katanya, beberapa minit selepas itu, dia ternampak mangsa keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.

"Sejak dari itu, saya tidak lagi melihat dia dan ketiadaan mangsa sepanjang tiga hari menimbulkan rungutan daripada kawannya.

"Pada Sabtu, saya dan pelanggan kedai terhidu bau busuk dan kami semua sangka bau itu adalah sampah atau bangkai binatang di kawasan semak," katanya.

Katanya, pagi ini, dia mengambil keputusan memeriksa di sekitar kawasan kedai sebelum mendapati air mengalir begitu banyak dari rumah mangsa.

"Saya ingat mangsa lupa menutup paip dan saya bersama rakan, Mohd Redzuan Mohd Zain, 44, pergi ke rumahnya. Selepas sahutan tidak dijawab, kami mengintai di celah tingkap sebelum mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

"Saya buka pintu depan rumahnya yang tidak berkunci dan ketika itu kami dapati bau mayat sangat kuat sebelum segera menghubungi polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, siasatan mendapati mangsa yang bekerja sebagai buruh di kilang kayu di Bukit Besi dipercayai meninggal sejak beberapa hari lalu.

"Keluarga mangsa sudah dihubungi dan mayat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

"Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gkar-penemuan-mayat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.474142 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list