CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Terengganu] Penuntut rugi hampir RM100,000 angkara pelaburan tak wujud

[Copy link]
Post time 20-6-2022 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Penuntut menanggung kerugian hampir RM100,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud dalam kejadian di daerah ini.

Kejadian dipercayai bermula apabila mangsa lelaki berusia 20 tahun itu menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang menawarkan pakej pelaburan daripada sebuah syarikat pada 15 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Superintendan M Zambri Mahmud berkata, mangsa yang tertarik dengan tawaran pelaburan itu menghubungi seorang ejen yang memperkenalkan diri sebagai Fahmi.

Menurutnya, mangsa kemudian diterangkan mengenai pelaburan yang ditawarkan syarikat berkenaan sebelum bersetuju melaburkan sejumlah wang dan mendapat keuntungan 10 peratus daripada modal yang dilaburkan.

"Mangsa kemudian diarahkan membuat pembayaran pelaburan yang seterusnya, namun tidak mendapat sebarang keuntungan.

"Malah, suspek sekali lagi mengarahkan mangsa membuat beberapa pembayaran bagi urusan mendapatkan modal dan keuntungan.

"Dalam tempoh itu, mangsa dikatakan membuat lapan kali pembayaran secara berperingkat ke dalam lima akaun bank yang berbeza membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM94,412," katanya ketika dihubungi, hari ini.

M Zambri berkata, mangsa memaklumkan suspek masih mengarahkannya membuat pembayaran dengan pelbagai alasan, namun tidak dilayan kerana percaya sudah menjadi mangsa penipuan.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis, semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan individu atau sindiket yang menawarkan sebarang pelaburan terutama yang menjanjikan pulangan yang lumayan bagi mengelakkan mereka tertipu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pelaburan-tak-wujud
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.068232 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list