CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Kelantan] Mangsa dipercayai 'ambil' lebihan dadah dalam kereta

[Copy link]
Post time 21-6-2022 04:37 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Muhamad Zaki Harun ketika hadir menemui ibu mangsa kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kini kritikal akibat kandungan methampethamine dalam badan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kini kritikal akibat kandungan methampethamine dalam badan dipercayai mengambil bahan larangan itu sebaik menemuinya di dalam kenderaan milik suspek.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati mangsa berkemungkinan besar ditinggalkan oleh suspek berusia 30 tahun dalam kereta Proton Saga dinaiki mereka selepas mendapatkan bekalan dadah itu.

"Kita percaya suspek mengambil bekalan dadah dengan membawa mangsa bersama dalam kenderaannya dan siasatan awal menunjukkan ada kemungkinan mangsa ditinggalkan dalam kereta dan ada lebihan dadah di dalamnya.

"Sehubungan itu, kami merampas kenderaan terbabit untuk dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau dan isteri Datin Suzana Yashin yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kelantan melawat mangsa di Unit Rawatan Rapi Paediatrik (PICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Muhamad Zaki berkata, berdasarkan maklumat awal, suspek yang mempunyai talian persaudaraan dengan mangsa sudah beberapa kali membawa keluar kanak-kanak itu, namun tidak dapat dipastikan lokasinya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menahan sembilan individu berusia 19 hingga 40 tahun dalam serbuan berasingan beberapa 'port' dadah sekitar Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, semalam.

"Seramai sembilan individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dalam Op Tapis Khas yang dilakukan di sekitar kampung berkenaan dan saya juga mengarahkan agar siasatan lanjut diteruskan," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa berusia 36 tahun berkata, keadaan anaknya menunjukkan petanda baik kerana memberi respons apabila namanya dipanggil walaupun dalam keadaan ditidurkan.

"Walaupun belum lagi sedarkan diri, sudah ada sedikit pergerakan sebaik namanya dipanggil dan itu cukup melegakan saya.

"Harapan saya agar anak dapat diselamatkan dan keadaan saya yang menghidap kanser payudara tahap lima begini, sangat sukar untuk menguruskan keadaan sebegini," katanya.

Portal Harian Metro semalam melaporkan mangsa berada dalam keadaan kritikal selepas dikesan terdapat dadah jenis methampethamine dalam badannya.

Susulan itu, seorang buruh ditahan pada malam kelmarin untuk membantu siasatan.

Suspek yang memiliki tiga rekod lampau bersabit kes dadah direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 26 Jun ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -dadah-dalam-kereta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.054943 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list