CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Pahang] Pelajar Orang Asli cemerlang SPM terima insentif

[Copy link]
Post time 22-6-2022 09:44 AM | Show all posts |Read mode

WAN Rosdy (duduk tengah) bersama pelajar Orang Asli yang menerima insentif kecemerlangan SPM. FOTO Mohd Rafi Mamat.

Kuantan: Enam pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menerima insentif daripada kerajaan Pahang.

Mereka terdiri daripada Nurul Alieya Syuhada Idrus pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Bentong mendapat 11A; Jeremy Josuazent Ko pelajar SMK Rompin Permai (9A); Lin Lin Low Yoke Thong pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah (9A); Hoo Siew Kuan Hoo Lew Aun dari MRSM Muadzam Shah (8A); Asriana Nadira Azlan dari SMK Kuala Lanar, Lipis (8A) dan Ng Soek Yen Ng Mooi Yong dari SMK Tengku Abdullah Pekan (8A).

Majlis penyampaian insentif berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Pejabat Menteri Besar Pahang, semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, Johari Alwi.

Bagi Nurul Alieya Syuhada, dia tidak menyangka mendapat keputusan 11A kerana dia hanya memperoleh 7A dalam peperiksaan percubaan.

"Saya bersyukur dengan kejayaan yang diraih selepas berusaha sepanjang tahun.

"Sokongan guru, rakan-rakan dan keluarga menjadi pencetus kepada kejayaan," kata anak pertama daripada dua beradik itu yang bercita-cita menjadi doktor gigi.

Sementara itu, Johari berkata, pemberian insentif berkenaan antara bukti Menteri Besar Pahang cakna terhadap masyarakat Orang Asli di negeri ini.

"Saya berharap insentif yang diberikan kerajaan ini dapat meningkatkan semangat dan kesungguhan pelajar Orang Asli di Pahang untuk berusaha memburu kejayaan dalam bidang akademik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... spm-terima-insentif
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.067596 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list