CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 0

[Kelantan] Tikam isteri, ibu mentua kerana selisih faham

[Copy link]
Post time 23-6-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Tumpat: Seorang lelaki ditahan polis ketika cuba terjun dari tingkat 31 di sebuah bangunan dalam pembinaan di Lembah Sireh di Kota Bharu, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, hasil semakan lanjut mendapati suspek berusia 26 tahun itu adalah individu yang dilaporkan menikam isteri dan ibu mentuanya di rumah mereka di Chabang Empat, di sini, petang semalam.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan pada 10.14 pagi tadi sebaik pihaknya menerima maklumat berkaitan individu yang ingin terjun bangunan.

"Semakan dibuat mendapati lelaki itu ada kaitan dengan kes mendatangkan kecederaan yang dilaporkan. Pada 6.35 petang semalam, suspek menikam isteri dan ibu mentuanya masing-masing berusia 20-an dan 60-an dengan dua pisau di rumah mereka.

"Kejadian dipercayai berpunca dari perselisihan faham antara suspek dengan isterinya yang menyebabkan kedua mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kerana cedera parah.

"Isteri suspek mengalami retak dan luka di bahagian kepala, patah dua jari tangan serta luka di beberapa bahagian anggota badan manakala ibu mentuanya pula luka di kepala akibat ditikam suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Amran berkata, suspek mempunyai tiga rekod lampau bersabit dadah dan permohonan reman akan dibuat esok.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erana-selisih-faham

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.189904 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list