View: 409|Reply: 0
|
[Pahang]
Nuar jual 1,000 kambing untuk korban Aidiladha
[Copy link]
|
|
Anuar melihat kambing-kambing yang ditempah untuk ibadah korban. FOTO NAZDY HARUN
Marang: Penternak kambing, Anuar Abd Latiff, 57, dari Kampung Macang Lada di sini, menerima tempahan sehingga 1,000 kambing untuk korban pada Aidiladha kali ini.
Anuar yang menternak kambing sejak sembilan tahun lalu berkata, permintaan untuk tahun ini meningkat sekali ganda berbanding dua tahun sebelum ini.
Katanya, bagi memenuhi permintaan untuk Aidiladha tahun ini, 1,000 kambing yang diimport dari Thailand dan Myanmar ditempatkan di tiga kandang miliknya.
"Kambing ditempatkan di kandang di Kampung Pujuk di Manir, Kuala Terengganu, Kampung Payang Kayu di Hulu Terengganu dan berhampiran rumah saya di Kampung Macang Lada.
"Walaupun harga makanan ternakan meningkat namun saya tidak menaikkan harga jualan kambing yang dijual pada harga RM600 hingga RM1,350 seekor.
"Bagi yang beli secara borong, terutama institusi, saya jual pada harga RM600 seekor manakala bagi individu, ia dijual pada harga RM800 seekor. Bagi tempahan membabitkan individu luar negeri ini, kadarnya ialah RM1,350," katanya yang turut dibantu enam pekerja.
Menurut Anuar, kesemua kambing yang dijual adalah kambing baka campuran boer dan pada bulan-bulan biasa, dia menjual antara 100 hingga 200 kambing sama ada kambing hidup, siap proses dan siap masak.
"Alhamdulillah, Aidiladha setiap tahun membuka pintu rezeki berikutan permintaan kambing untuk tujuan ibadat korban bertambah.
"Saya juga memperuntukkan tanah seluas 0.5 hektar bagi menanam rumput nepia sebagai makanan tambahan selain dedak kepada kambing berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uk-korban-aidiladha |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|