CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Terengganu] Dika brek sampai tayar motosikal berasap: Kawan

[Copy link]
Post time 26-6-2022 11:44 AM | Show all posts |Read mode

MAYAT Mohd Abdika Razali dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun. FOTO Rosli Ilham

Dungun: "Kereta itu keluar secara tiba-tiba dari simpang itu yang menyebabkan Dika membrek dengan kuat sehingga tayar motosikalnya berasap," kata Adnan Othman, 44, menceritakan detik cemas sebelum rakannya maut dalam kemalangan, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira 5 petang di Kilometer 69, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Simpang Tanjung Jara, Mohd Abdika Razali,36, dan isterinya, Rabiatuladawiah Saufi ,36, maut di tempat kejadian.

Adnan berkata, ketika kejadian, suami isteri berada kira-kira 50 meter di depannya.

"Saya yang memboncengi isteri, Azlia Alias, 41, berada di belakang dan kami berdua dalam perjalanan pulang ke Kemaman selepas menghadiri perhimpunan motosikal berkuasa tinggi di Kuala Terengganu.

"Sebelum bertolak pulang, arwah Rabiatuladawiah teringin nak makan kari kepala ikan di Telemong Hulu Terengganu dan mengajak saya dan isteri makan bersama," katanya.

Katanya, dia dan isterinya bersetuju dengan pelawaan itu sambil bercadang pulang ke Kemaman menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur2 (LPT2).

"Bagaimanapun, Arwah Rabiatuladawiah tiba-tiba menukar rancangan dan meminta kami melalui jalan pantai (Kuala Terengganu-Kuantan) dan mencari mana-mana kedai makan di sepanjang laluan itu.

"Kami mula bertolak dari Pantai Batu Buruk kira-kira 4 petang sebelum mereka terbabit kemalangan itu," katanya.

Adnan berkata, ketika kenderaan itu keluar dari simpang, dia menjerit melaungkan nama Adika dengan kuat kerana sudah menjangkakan rakan baiknya itu akan merempuh kereta itu.

"Saya sempat dan isteri sempat mengajar mereka berdua mengucap sebelum nadinya terhenti diikuti iserinya kira-kira 10 minit kemudian.

"Saya sangat sedih terutamanya mengenangkan tiga anak arwah yang berusia 16, 14 dan 8 tahun yang kini menjadi yatim piatu," katanya.

Katanya, Abdika peniaga ayam di pasar Binjal dan seorang yang baik hati, pemurah, disukai rakan-rakan dan tidak pernah meninggalkan isterinya walau ke mana-mana saja.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sikal-berasap-kawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.038995 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list