CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Kelantan] Calon STPM derita kanser

[Copy link]
Post time 26-6-2022 12:26 PM | Show all posts |Read mode

NOR Asmira Mohd. Nasir (kiri) bersama bapanya menunjukkan surat rawatan penyakitnya di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang, Kelantan- MINGGUAN/YATIMIN ABDULLAH


RANTAU PANJANG: Seorang calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terpaksa ‘melupakan’ kesakitan akibat kanser payu dara semata-mata mahu menduduki peperiksaan tersebut tahun ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang itu, Nor Asmira Mohd. Nasir, 19, turut mengakui dia hampir berputus asas disebabkan penyakit tersebut.

Katanya, bagaimanapun dia perlu kuat untuk melawan penyakit itu bagi membolehkan fokus terhadap peperiksaan yang menjadi penentu kepada masa depannya itu tidak tergugat.

“Bila sakit menyerang, saya hanya mampu menahannya selain terbaring kerana tidak mempunyai kekuatan untuk melawan.

“Sakit yang saya alami itu tidak mampu untuk dikongsikan kepada sesiapa kecuali hanya mampu berdoa supaya Allah segera mengangkatnya dan memberikan kesembuhan,” katanya ketika ditemui di Kampung Padang Licin, di sini semalam.

Nor Asmira memberitahu, ketika ini dia buntu memikirkan masa depan apabila terpaksa menjalani pembedahan kali kedua pada Julai ini di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Katanya, sebulan kemudian dia akan menduduki peperiksaan STPM dan situasi itu membuatkan perasaannya menjadi gundah-gulana.

“Saya mula diserang penyakit ini ketika berusia 15 tahun. Sejak itu saya sudah menjalani pembedahan untuk membuang ketulan kanser pada April tahun lalu,” ujarnya.

Sementara itu bapanya, Mohd. Nasir Hussin, 49, mengakui buntu memikirkan masa depan anaknya itu selain belanja yang diperlukan untuk rawatan tersebut.

Katanya, pendapatan sebagai buruh kampung yang tidak menentu merumitkan lagi ‘kantung’ kewangan kewangan keluarga.

“Mujurlah, isteri turut membantu dengan berniaga makanan secara kecil-kecilan di hadapan rumah untuk menampung perbelanjaan harian,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad di 03-027-034097-1 Mohd Nasir Hussain. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/terkin ... stpm-derita-kanser/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.352191 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list