CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 1

[Kelantan] Bekas tentera tiada pencen harap elaun RM300- RM500 sebulan

[Copy link]
Post time 26-6-2022 12:28 PM | Show all posts |Read mode

KAMARUL Bahrin Kamaruddin (tiga kiri) mewakili Presiden PVATTBM ke Persidangan Mesyuarat Agong PVATTBM Kali Ke-4 di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan hari ini/FOTO : ROHANA NAWI

KOTA BHARU: Lebih 300,000 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap kerajaan memberi elaun sara hidup bulanan  RM300 hingga RM500.

Ahli Jawatankuasa PVATTBM, Kamarul Bahrin Kamaruddin berkata, keputusan pemberian elaun itu bagi memastikan bekas tentera tidak hidup melarat.

“Kita sudah mengadakan perhimpunan aman yang memohon kerajaan memberi elaun sara hidup setiap bulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.

“Elaun yang dipohon juga tidak tinggi apabila kita mencadangkan sebanyak RM300 hingga RM500 sebulan bagi bekas tentera yang berusia antara 60 hingga 90 tahun,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Mesyuarat Agong PVATTBM Kali Ke-4 di Kubang Kerian di sini hari ini.

Penaung PVATTBM, Datuk Seri Muhammad Abd. Ghani turut hadir merasmikan mesyuarat tersebut.

Kamarul Bahrin yang juga wakil  Presiden PVATTBM berkata, ada dalam kalangan bekas tentera sudah meninggal dunia akibat menghidap penyakit kronik sekali gus tidak sempat menikmati elaun yang masih dalam pertimbangan kerajaan

Beliau berkata, pihaknya terkilan kerana kerajaan seolah-olah tidak cakna dengan pengorbanan bekas tentera atas jasa yang dilakukan sebelum ini.

Katanya, selain itu PVATTBM  berharap kerajaan terus mengurniakan Pingat Jasa Malaysia kepada bekas tentera yang tidak berpencen bagi melayakkan mereka menerima elaun sebanyak RM500 sebulan.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, bekas tentera tidak berpencen di Kedah dan Johor paling ramai hidup melarat.

“Justeru, kita berharap kerajaan dapat mempercepatkan permohonan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu bekas tentera yang tidak berpencen,” ujarnya.- UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... m300-rm500-sebulan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2022 10:49 AM | Show all posts
Ada keluar juga kat tv1 pasal bantuan kat pesara tentera ni. Kesian dah tua, hidup susah, penyakit plak macam2. Wang simpanan semua takde. Kena bekerja plak untuk kelangsungan hidup.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.060192 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list