CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 0

[Terengganu] Warga emas gigih semai benih anak balak

[Copy link]
Post time 29-6-2022 12:57 PM | Show all posts |Read mode

Tijah Ali, 67, menunjukkan anak pokok balak yang disemai. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Berang: Biarpun sudah dilabel warga emas, namun Tijah Ali, gigih mengusahakan tanaman anak pokok balak sebagai salah satu punca pendapatan selain berperanan melestarikan alam.

Wanita 67 tahun itu berasal dari Kampung Kuala Jeneris, di sini.

Menurutnya, dia mengusahakan tanaman anak pokok balak sejak 22 tahun lalu di perkarangan rumahnya.

Katanya, berikutan faktor usia dia kini hanya menyemai tiga spesies pokok iaitu meranti tembaga, meranti punai dan rambai daun.

"Sebelum ini, lebih 10 spesies pokok disemai dan kini saya hanya menumpukan pada tiga jenis saja namun jumlahnya mencecah hingga 40,000 anak pokok yang disemai sebelum dipasarkan secara berperingkat.

"Saya membeli benih pokok berkenaan daripada pembekal sebelum melakukan proses semaian dan apabila anak pokok mencapai ketinggian 0.3 meter saya akan asingkan sebelum dijual," katanya.

Menurutnya, tiga jenis anak pokok yang disemai itu mudah membesar dan setiap pokok yang mencecah ketinggian seperti yang diinginkan pemborong dijual dengan harga 70 sen sepokok.

Katanya, benih yang disemai akan melalui beberapa proses antaranya ditempatkan di dalam rumah plastik bagi tujuan perpeluhan pokok selain meracun, membaja dan menyiram.

"Biasanya orang memilih untuk menyemai benih pokok buah-buahan yang dilihat lebih mudah untuk dipasarkan kerana permintaan yang tinggi.

"Rasa tanggungjawab terhadap alam mendorong saya menyemai benih anak pokok balak kerana saya tahu anak-anak pokok ini akan kembali ke hutan dan secara tidak langsung dapat melestarikan alam semula jadi," katanya.

Menceritakan lebih lanjut Tijah berkata, pengalaman bekerja dengan lima pengusaha tanaman anak balak sebelum itu mendorongnya untuk mengusahakan tanaman itu secara sendiri di perkarangan rumahnya.

"Berbekalkan pengalaman dan modal RM5,000, saya memberanikan diri untuk mengusahakan tanaman pokok balak ini secara sendirian.

"Sekiranya semaian dilakukan pada Januari, pokok boleh dijual pada Jun dan saya akan semai kembali pada Julai dan akan menjual anak pokok pada Disember mengikut giliran bagi memastikan anak pokok tidak terputus bekalan.

"Satu pusingan saya menjual kira-kira 7,000 hingga 8,000 pokok yang disemai secara berperingkat dan sejak lima tahun kebelakangan ini saya hanya menjual anak-anak pokok kepada seorang pembeli tetap saja," katanya.

Menurutnya, pokok hutan yang disemai itu banyak manfaatnya terutama bagi kerja tanam semula di kawasan hutan yang diteroka.

Katanya, usaha kecil itu setidak-tidaknya mampu menjana pendapatan selain membantu pihak berkenaan untuk mendapatkan bekalan anak-anak pokok yang mudah untuk ditanam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-benih-anak-balak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041269 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list