|
MUSTAPA Mohamed (kanan) bersalam dengan para peserta yang hadir ke dialog bersama pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai ekonomi di Kelantan hari ini, di Kota Bharu, Kelantan semalam./FOTO : YATIMIN ABDULLAH
KOTA BHARU : Pemberian subsidi jangka pendek akan diteruskan oleh kerajaan dalam membantu meringkan beban yang sedang ditanggung oleh rakyat susulan peningkatan kos sara hidup ketika ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sepanjang tahun ini sebanyak RM77.8 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan membabitkan agihan subsidi kepada rakyat.
Menurutnya, jumlah yang meliputi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, tepung dan elektrik merupakan peruntukan paling diluluskan oleh kerajaan.
“Bagaimanapun kerajaan akan membuat penelitian secara mendalam berkaitan agihan subsidi jangka sederhana dan panjang kepada rakyat.
“Kedua-dua bentuk subsidi ini akan mengambil kira kemampuan kewangan negara. Kita tidak mahu proses (subsidi jangka sederhana dan panjang) ini menjejaskan kedudukan kewangan negara pada masa depan,” katanya selepas sesi dialog bersama pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai ekonomi di Kelantan di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mustapa memberitahu, persatuan pengguna diseluruh negara akan diperkasakan dalam usaha menangani masalah kenaikan harga barangan ketika ini.
Katanya, penglibatkan persatuan pengguna amat penting kerana badan itu mempunyai kuasa untuk mempengaruhi harga barangan.
“Satu seminar di peringkat kebangsaan dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan dilangsungkan dalam masa terdekat,” ujarnya. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... gka-pendek-mustapa/ |
|