|
Keadaan jambatan gantung yang masih tidak dibaiki di Kampung Mambang Berulang, Temerloh.
TEMERLOH – Hampir setiap tahun Kampung Batu Kapor di sini dilanda banjir, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan drastik bagi mengelakkan bencana itu.
Ketua Kampung Batu Kapor, Rasul Mat Yurit berkata, mengikut perancangan, projek tebatan banjir sepatutnya telah mula dilaksanakan.
Katanya, kedudukan kampung yang berhampiran Sungai Semantan menyebabkan projek itu amat diperlukan.
“Kalau ada tebatan banjir, ia akan meninggikan tebing sungai tersebut, tetapi sampai sekarang, projek itu tiada. Kami bimbang jika banjir yang lebih besar berlaku tahun ini,” katanya.
Menurutnya, ketika ini, Kampung Batu Kapor mempunyai kira-kira 300 buah rumah dengan kira-kira 2,000 penduduk.
Ujarnya, meskipun ada pihak mencadangkan penduduk berpindah, namun mereka yang telah tinggal di kawasan tanah bergeran itu tidak mahu kerana sudah lama menetap di situ.
Sementara itu, kira-kira 500 penduduk Kampung Mambang Berulang dan Kampung Sungai Dingin di sini turut gelisah kemungkinan berlaku banjir lebih besar tahun ini.
Dengan keadaan jambatan gantung yang tidak dapat digunakan selepas rosak akibat banjir tahun lalu menyebabkan penduduk resah kerana terpaksa menggunakan laluan yang jauh untuk menyelamatkan diri dan harta benda sekiranya air mula naik.
Seorang penduduk, Marto Marijo, 60, berkata, jambatan gantung yang sudah ditumbuhi pokok itu adalah laluan utama penduduk ke Mentakab yang dipisahkan oleh Sungai Semantan.
“Penduduk sangat bergantung kepada jambatan gantung untuk keluar ke bandar Mentakab dalam masa lima minit sahaja, tetapi jambatan masih rosak walaupun 10 bulan berlalu,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... -banjir-untuk-kami/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|