CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 0

[Kelantan] Hanya paras Sungai Sokor naik sedikit

[Copy link]
Post time 10-10-2022 03:46 PM | Show all posts |Read mode

Zainal Madasin

Kota Bharu: Setakat tengah hari, hanya satu sungai di Kelantan yang melebihi paras normal susulan peningkatan taburan hujan.

Berdasarkan portal info banjir, Sungai Sokor di Tanah Merah berada pada paras berjaga-jaga, dengan bacaan 18.55 meter (m) berbanding paras normal 18m.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan, Jainal@Zainal Madasin berkata, peningkatan paras sungai itu berikutan hujan di sekitarnya dan aliran air dari hulu.


"Bagaimanapun, mengikut laporan, paras air sungai itu menunjukkan penurunan berbanding awal pagi, cuma masih dalam paras berjaga-jaga.

"Justeru kita bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan sentiasa berhubung dengan Jabatan Meteorologi serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk maklumat semasa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, Sungai Golok di Rantau Panjang; Sungai Lebir di Gua Musang dan Sungai Galas di Kuala Krai masih dalam keadaan terkawal.

"Alhamdulillah masih belum ada laporan kes banjir berlaku di negeri ini kecuali semalam yang menjejaskan empat keluarga di Gua Musang. Namun ia hanyalah limpahan air dalam masa singkat sahaja.

"Jika hujan tanpa henti selama beberapa hari di beberapa kawasan, maka banjir berisiko berlaku," katanya yang mengingatkan penduduk di kawasan rendah supaya melakukan persediaan awal sekiranya banjir berlaku.

Menurutnya, daerah yang diberi tumpuan kerana risiko banjir adalah Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Jeli, dengan aset logistik dan anggota disediakan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sokor-naik-sedikit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.049539 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list