View: 353|Reply: 0
|
[Terengganu]
186 PPS Terengganu sedia terima masuk mangsa banjir
[Copy link]
|
|
Satiful Bahari Mamat (tengah) selepas Majlis Sanjungan Budi Jasamu Dikenang di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Terengganu: Sejak semalam, semua 186 sekolah yang akan dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir sudah dipersiapkan dengan barangan yang diperlukan golongan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Satiful Bahari Mamat berkata, penghantaran barang keperluan ke sekolah itu dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu.
Beliau juga percaya Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sudah melakukan persiapan lebih awal dalam pemilihan sekolah untuk dijadikan PPS dan menampung jumlah mangsa tanpa masalah.
"Kita mahu memastikan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS nanti berada dalam keadaan selesa dan bekalan makanan mencukupi," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Sanjungan Budi Jasamu Dikenang di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah JPNT, Abdul Muie Ngah.
Mengulas lanjut, Satiful berkata, jumlah PPS itu dijangka dapat menampung 73,490 mangsa.
"Cuma, apa yang merisaukan jika Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15) bertembung dengan banjir kerana sekolah juga dijadikan pusat mengundi... ia sedikit sebanyak akan mengganggu dari segi tempat," katanya.
Terdahulu, seramai 805 guru dan anggota kumpulan pelaksana yang sudah bersara diraikan pada majlis itu yang diadakan untuk menghargai khidmat bakti mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... masuk-mangsa-banjir |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|