CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 416|Reply: 0

[Terengganu] Pemandu e-hailing ditemukan mati dalam kereta

[Copy link]
Post time 12-10-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode

POLIS membawa mayat lelaki yang ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna di tepi jalan Kampung Tok Jembal. FOTO IHSAN PEMBACA

Kuala Nerus: Seorang pemandu e-hailing ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna di tepi jalan Kampung Tok Jembal di sini, semalam.

Mayat, Rosmali Abdul Rahman, 44, yang disyaki mengalami serangan jantung itu ditemui isterinya di tempat duduk pemandu MPV jenis Toyota Wish kira-kira jam 7.15 malam.

Sebelum itu, wanita terbabit yang bimbang keselamatan suaminya selepas gagal menghubunginya bertindak mencari mangsa sebelum ternampak kereta lelaki terbabit.


Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumahnya di kuarters sebuah sekolah menengah di daerah ini kira-kira jam 8.45 pagi kelmarin (Ahad).

Bagaimanapun, cubaan isterinya menghubungi mangsa juga gagal sebelum wanita itu membuat laporan di Balai Polis Gong Badak semalam.

Wanita terbabit yang keluar mencari mangsa kemudian menemui kereta suaminya dan ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

"Tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-mati-dalam-kereta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.412935 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list