CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 498|Reply: 0

[Kelantan] Wanita didakwa curi lima barang kemas bernilai RM27,000

[Copy link]
Post time 13-10-2022 04:51 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH (kanan) dibawa oleh anggota polis untuk pertuduhan di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, Kelantan hari ini.



KOTA BHARU : Seorang peniaga wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri lima jenis barangan kemas di sebuah kedai emas di Jalan Wakaf Stan dekat sini pada bulan lalu bernilai RM27,000.

Tertuduh, Anizan Sani, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, wanita berkenaan didakwa telah mencuri seutas rantai Coker, seutas rantai boba belut, seutas rantai tangan G. Love, sebentuk cincin dan seutas rantai tangan.

Kesalahan itu dilakukan oleh wanita berkenaan kira-kira pukul 12.24 tengah hari pada 12 September lalu di sebuah kedai emas di Jalan Wakaf Stan di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yusnaliza Mohammad Yusoff manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Firdaus Zainal Abidin.

Terdahulu, Yusnaliza menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi pertuduhan yang dihadapi wanita itu.

Mohd. Firdaus dalam rayuannya memohon jaminan yang rendah dan anak guamnya bersedia dengan segala syarat yang ditetapkan oleh mahkamah.

Menurutnya, suami tertuduh yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah turut hadir untuk membayar ikat jamin.

“Tertuduh yang merupakan ibu kepada lima orang anak menghidap penyakit luka pada bahagian usus, darah tinggi dan kencing manis. Dia juga perlu hadir ke klinik kesihatan untuk menerima rawatan.

“Oleh itu, saya mohon jaminan yang rendah dan munasabah ditetapkan kepada tertuduh,” katanya.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 5 Disember depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sebelum ini, tular satu video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai emas yang  mendakwa seorang wanita mencuri barangan kemas semasa datang membeli emas di premis tersebut.

Menerusi rakaman itu, wanita tersebut dilihat memilih emas, namun pada masa sama, dia mengambil kesempatan mencuri beberapa barangan kemas. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... s-bernilai-rm27000/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.148678 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list