View: 445|Reply: 0
|
[Pahang]
Bilik usang, mewah jadi sarang pondan
[Copy link]
|
|
PIHAK berkuasa memecah masuk premis rumah kedai yang dikatakan dijadikan port mak nyah melakukan aktiviti maksiat dalam operasi bersepadu di Jalan Pasar di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
KUANTAN: Sebanyak 10 bilik usang dan enam bilik mewah di tingkat pertama rumah kedai di Jalan Pasar di sini, diubah suai sebagai tempat golongan pondan menjalankan aktiviti maksiat.
Difahamkan, premis tiga tingkat di tengah bandar raya ini dijadikan bilik khas bagi golongan terbabit melepaskan hawa nafsu pelanggan termasuk tempat mereka tinggal.
Dalam serbuan bersepadu Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lorong itu kelmarin mendapati, bilik tersebut berbau busuk dan terdapat banyak kondom bertaburan dipercayai dibuang oleh golongan terbabit.
Ketika serbuan dilakukan, pihak berkuasa mengambil masa sehingga 15 minit bagi memecah masuk pintu premis rumah kedai itu yang menggunakan pintu besi, dipercayai sebagai langkah keselamatan bagi mengelak dipecah masuk oleh penguat kuasa.
Mak nyah dan pelanggannya dipercayai melarikan diri kerana selepas pintu besi dibuka, terdapat tiga bilik di tingkat pertama premis itu ditinggalkan dengan keadaan kipas serta lampu berwarna merah belum ditutup.
Difahamkan, mak nyah meloloskan diri melalui lubang bumbung yang sudah tersedia dengan menyelinap masuk ke premis bersebelahan.
Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Nor Kamawati Kamal berkata, walaupun tiada tangkapan mak nyah, pihaknya memberi jaminan pemantauan dan operasi membanteras aktiviti tidak bermoral itu terus dipergiat dari semasa ke semasa.
Katanya, dalam operasi itu, seorang warga asing warganegara Thailand ditahan Jabatan Imigresen kerana turut menjalankan aktiviti tidak bermoral di kawasan terbabit.
“Berdasarkan laporan jabatan berkenaan, wanita itu ditahan dan direman selama 14 hari kerana memasuki negara ini secara haram. Siasatan dilakukan di bawah seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1989/63,” katanya.
Nor Kamawati berkata, operasi bersepadu tersebut digerakkan untuk membanteras aktiviti tidak bermoral yang semakin berleluasa di sekitar bandar raya ini.
“Sebelum itu, tinjauan dilakukan di Lorong Pasar 1 di sini dan terdapat beberapa orang mak nyah serta wanita warga asing baharu sahaja memulakan urus niaga mereka di lorong itu,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, khidmat mak nyah yang bukan sahaja dalam kalangan warga tempatan malah membabitkan warga asing semakin mendapat sambutan, mereka kelihatan berlegar-legar di itu dengan berpakaian seksi ketika sesi tawar-menawar sebelum dibawa ke tempat maksiat mereka.
Berdasarkan maklumat orang ramai di kawasan itu, ratusan mak nyah dikatakan bersilih-ganti menggunakan lorong berkenaan sebagai tempat melakukan kegiatan tidak bermoral.
Utusan Malaysia pada 28 September lalu melaporkan lorong di Jalan Pasar masih menjadi port aktif buat golongan mak nyah ‘antarabangsa’ atau warga asing untuk mencari dan menunggu pelanggan bagi menawarkan perkhidmatan mereka. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... jadi-sarang-pondan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|