CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Terengganu] 5,000 telur ayam licin tiga jam

[Copy link]
Post time 19-10-2022 11:51 AM | Show all posts |Read mode

Pemborong mengehadkan pembelian telur ayam sebanyak lima papan. - Foto NSTP/Baharom Bakar

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 5,000 telur ayam pelbagai gred licin dijual dalam tempoh tiga jam oleh pemborong, hari ini.

Orang ramai beratur panjang sejauh satu kilometer (km) satu jam sebelum kedai pemborong telur ayam berhampiran Pasar Cabang Tiga, di sini, memulakan operasi kira-kira jam 9 pagi.

Tinjauan mendapati kekecohan dan pertikaman lidah antara beberapa pembeli dan pekerja syarikat pemborong tercetus apabila ada antaranya tidak berpuas hati dengan kaedah mengehadkan jualan hanya lima papan mengandungi 150 biji telur.

Keadaan itu berlaku kerana ada antara pembeli memotong giliran dan enggan beratur.


Beberapa pembeli ditemui melahirkan perasaan tidak puas hati dan mengugut melaporkan kepada agensi penguat kuasa kerana pemborong mengehadkan jualan hanya 150 biji setiap pelanggan.

Tinjauan mendapati ada antara pembeli mendakwa sebagai pegawai di agensi kerajaan disebabkan ingin membeli telur ayam melebihi had ditetapkan pemborong.

Pemborong terpaksa mengehadkan jualan bertujuan memberi keadilan kepada pembeli bagi mendapatkan bekalan telur ayam.

Muhammad Azri Yunus, 48, dari Kampung Losong berkata, pembeli terutama peniaga warung dan kedai makan tidak berpuas hati kerana pemborong mengehadkan jualan hanya 150 atau lima papan setiap pelanggan.

Tinjauan juga mendapati ada antara suri rumah yang beratur panjang hanya untuk membeli dua papan telur ayam mengandungi 60 biji bagi kegunaan seharian.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Saharuddin Mohd Kia, mengesahkan berlaku kekurangan bekalan telur sebanyak lima juta atau 40 peratus di negeri ini.

Katanya, 13 pemborong hanya memperolehi bekalan telur daripada pengeluar antara tujuh dan lapan juta sebulan berbanding 13 juta sebelum krisis bekalan berlaku.

"Walaupun berlaku kekurangan, tetapi pemborong dan peniaga di negeri ini tidak mengambil peluang untuk menaikkan harga.

"Pemborong masih mematuhi harga siling ditetapkan iaitu 45 sen sebiji untuk telur gred A, 43 sen untuk gred dan gred 41 sen untuk gred C," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ayam-licin-tiga-jam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.036138 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list