CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 0

[Terengganu] Lelaki didenda aibkan seorang wanita

[Copy link]
Post time 19-10-2022 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Marang: Seorang pekerja kilang didenda RM3,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mengaibkan kehormatan terhadap saudara wanitanya dengan melakukan kelucahan melalui aplikasi WhatsApp, tahun lalu.

Tertuduh berusia 26 tahun turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan iaitu dengan menunjukkan kemaluan melalui panggilan video di dalam aplikasi WhatsApp terhadap mangsa berusia 32 tahun.


LELAKI berusia 26 tahun didenda RM3,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini. FOTO Ghazali Kori

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai makan di hadapan Pasar Besar Marang di daerah ini, jam 8.53 pagi, pada 14 September 2021.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh dibebaskan sebaik menjelaskan denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Othman Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rang-wanita-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.261161 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list