View: 408|Reply: 0
|
[Kelantan]
Polis Kelantan tahan tiga lelaki, rampas dadah RM124,750
[Copy link]
|
|
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (tengah) menunjukkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM124,750 dalam serbuan berbeza di tiga daerah negeri itupada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM124,750 menerusi tiga serbuan berasingan di tiga daerah, semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata rampasan itu membabitkan dadah bernilai RM40,000 di Pasir Mas, RM69,750 di Tumpat dan RM15,000 di jajahan Tanah Merah.
Katanya, dalam serbuan pertama, anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) menahan suspek berusia 22 tahun yang berada di hadapan sebuah rumah di Kampung Sakar, Tendong, Pasir Mas, pada jam 7.31 pagi.
"Sebaik menyedari kehadiran pihak polis, suspek bertindak melarikan diri dan dilihat melemparkan plastik berwarna putih ke dalam hutan berhampiran.
"Suspek bagaimanapun berjaya ditahan anggota, manakala hasil siasatan di dalam plastik yang dilempar, menemui 4,000 biji pil kuda dipercayai milik suspek," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, serbuan kedua membabitkan penahanan seorang peniaga berusia 25 tahun melalui serbuan di sebuah rumah di Kampung Tebing Pengkalan Kubor, Tumpat.
Katanya, menerusi serbuan jam 8.18 pagi itu, anggota merampas beg milik suspek yang mengandungi 503 gram (g) ganja, 100g heroin, 450 biji pil Psikotropik dan dua biji pil kuda.
"Serbuan ketiga pula membabitkan tangkapan seorang lelaki yang juga penganggur berusia 42 tahub dan 500 biji pil kuda dan 20.2g heroin di Felda Kemahang Dua, Tanah Merah, jam 3.38 petang hari sama.
"Kesemua suspek yang ditahan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta ditahan reman selama tujuh hari bermula 18 sehingga 24 Oktober untuk siasatan lanjut.
"Hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah manakala semakan laporan mengesahkan kesemua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan penyalahgunaan dadah," katanya.
Katanya, hasil rampasan pada hari berkenaan, pihaknya turut merampas dolar Amerika bernilai AS$10,000 (RM47,200) dan wang Thailand berjumlah 4,800 Baht (RM595.05).
Beliau berkata, kesemua rampasan dadah itu dipercayai untuk pasaran seluruh negara dan dianggarkan boleh digunakan oleh 6,657 penagih.
https://www.bharian.com.my/berit ... mpas-dadah-rm124750 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|