CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

[Terengganu] Tujuh Taman Eko Rimba Terengganu akan ditutup minggu depan

[Copy link]
Post time 23-10-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Dungun : Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) akan menutup tujuh Taman Eko Rimba (TER) di negeri ini pada minggu depan.

Pengarah JPNT, Roslan Rani berkata, penutupan itu akan bermula 1 November dan akan dibuka semula pada 1 Mac tahun depan.

Menurutnya, Taman Eko terbabit ialah, Chemerung dan Rimba Bandar Bukit Bauk di (Dungun), Lata Tembakah dan Lata Belatan di (Besut), Sekayu (Hulu Terengganu), Lata Payung (Setiu), dan Air Menderu (Kemaman).


"Dengan penutupan itu nanti tiada lagi sebarang aktiviti perkelahan, pendakian dan rekreasi dibenarkan di semua kawasan itu

"Ia berikutan musim tengkujuh yang dibimbangi berlaku kejadian kepala air yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung, "katanya selepas merasmikan Kem Cintai Hutan Dan Program Communication, Education And Public Awareness (CEPA) Sempena Program Penghijauan Malaysia, di Hulu Dungun, hari ini.

Seramai 150 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Shukur dan SK Pasir Raja serta penduduk kampung Pasir Raja terbabit dan program itu.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Terengganu, Mohd Syahrir Azrin Salleh, Penyelaras Dun Bukit Besi, Ghazali Sulaiman dan Pegawai Hutan Daerah Terengganu Selatan, Abu Bakar Rapaee.

Roslan berkata, kesemua Taman Eko Rimba itu akan diawasi dengan dipantau kakitangan jabatannya yang ditempatkan di semua lokasi terbabit.

"Kita tidak mahu sebarang kejadian atau kemalangan berlaku dan pihak kami akan segera membuka kesemua Taman Eko Rimba terbabit sekiranya keadaan cuaca mengizinkan, "katanya.

Menurutnya, Taman Eko Rimba di Chemerung yang ditutup sejak November tahun lepas dijangka akan dibuka semula pada jun tahun depan.

"Penutupan itu bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf kemudahan infrastruktur termasuk membina trek ke gunung Berembun,"katanya.

Sementara itu Roslan berkata, melalui Program Penghijauan Malaysia, pihaknya menanam 690,642 pokok dalam tempoh 2021 hingga September tahun ini.

"Pada tahun 2021, sasaran kita menanam sebanyak 250,000 pokok dan kita berjaya menanam sebanyak 331,000 pokok dan sehingga September tahun ini kita tanam lebih 350,000 pokok.

"Kita berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan dan kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk pembabitan komuniti dan pelajar sekolah ,"katanya.



ROSLAN Rani (duduk tengah) bergambar bersama pelajar selepas program penaman pokok di Kampung Pasir Raja. FOTO Rosli Ilham

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... inggu-depan-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.040880 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list