CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 549|Reply: 0

[Kelantan] Tiada lesen lombong emas di Sungai Wias

[Copy link]
Post time 23-10-2022 02:25 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk mendakwa ada aktiviti melombong emas di hulu Sungai Wias Gua Musang. - Foto hiasan BERNAMA

KOTA BHARU: Ketua Orang Asli boleh membuat aduan kepada pihak berwajib, jika benar Sungai Wias di Gua Musang tercemar akibat lombong emas.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kerajaan negeri tidak mengeluarkan lesen atau kebenaran untuk aktiviti pelombongan emas dalam kawasan sungai, termasuk Sungai Wais, Gua Musang seperti didakwa menerusi laman sosial Facebook Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan.

"Sepatutnya kena 'report' kalau betul ada sebab kita pun tidak tahu dakwaan ini betul atau tidak. Adakah betul berlaku (aktiviti) perlombongan, ada lesen atau tak.

"Setakat saya tahu, tidak ada lesen melombong dalam sungai dan tidak pernah lagi setakat ini kita keluarkan lesen melombong dalam sungai," katanya kepada pemberita di sini.


Dalam perkongsian menerusi Facebook pada 12 Oktober lalu, pemilik akaun itu mendakwa Sungai Wias yang terletak dalam kawasan Tanah Adat Orang Asli Kuala Wias tercemar disebabkan melombong emas di hulu sungai.

Menurut laporan itu, penduduk mengalami kegatalan serius selepas mandi di sungai dan Sungai Wias satu-satunya sumber air yang ada di kawasan berkenaan.

Mohd Amar berkata, wakil penduduk sepatutnya membuat laporan kepada Jabatan Tanah dan Galian atau Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membolehkan siasatan dijalankan.
https://www.bharian.com.my/berit ... emas-di-sungai-wias

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.112344 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list