CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 479|Reply: 0

[Kelantan] Polis tahan seorang lelaki bantu siasatan kes tembak polis bantuan

[Copy link]
Post time 23-10-2022 02:26 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun susulan kes tembak yang mencederakan anggota polis bantuan di Jalan Aur Duri Kampung Seberang Pasir Mas, Salor, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Katanya, pihak polis menerima laporan kejadian jam 11.30 tengah malam tadi, daripada pihak Hospital Pasir Mas (HPM) yang memaklumkan seorang lelaki cedera akibat ditembak.

"Berdasarkan laporan, mangsa sempat menelefon rakannya bagi memaklumkan bahawa dia ditembak dan berada di Kedai Nasi Lemak 43, di sini, untuk meminta bantuan.


"Mangsa dihantar ke HPM menggunakan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, di sini, bagi rawatan lanjut.

"Kita dimaklumkan bahawa mangsa cedera pada paru-paru kanan dan kini keadaan mangsa masih ditidurkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, motif kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, mangsa, Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, 30, yang juga pemuda UMNO Ketereh, dipercayai ditembak oleh individu tidak dikenali pada dada sebelah kanan ketika menunggang motosikal.

Mangsa dilaporkan masih menunggang motosikal sejauh 100 meter selepas ditembak, menuju ke sebuah kedai makan berdekatan untuk meminta bantuan.
https://www.bharian.com.my/berit ... embak-polis-bantuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.032362 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list