View: 447|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pasangan Thailand ditahan cuba seludup keluar tepung gandum, minyak masak
[Copy link]
|
|
Penguat kuasa KPDNHEP memeriksa kenderaan pacuan empat roda milik pasangan suami isteri warga Thailand yang penuh dengan tepung gandum dan minyak masak bersubsidi. - Foto ihsan KPDNHEP
TANAH MERAH: Cubaan sepasang suami isteri warga Thailand menyeludup tepung gandum dan minyak masak subsidi peket 1 kilogram (kg) gagal apabila ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga, di sini semalam.
Lelaki dan isterinya yang masing-masing berusia 34 dan 35 tahun ditahan sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Tanah Merah bersama Batalion 7 Pasukan Gerakan AM (PGA).
Penahanan mereka dibuat dalam Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan yang dijalankan antara jam 8 pagi hingga 6 petang.
Pengarah KPDNHEP Kelantan, Azman Ismail, berkata pihaknya turut merampas 350kg tepung gandum dengan nilai sitaan RM1,272 dan minyak masak peket 1kg dengan berat keseluruhan 102kg dan bernilai RM255 serta sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux bernilai RM80,000.
"Mereka ditahan selepas pasukan operasi mendapati sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran asing dalam keadaan mencurigakan ketika melalui pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan kemudian mendapati bahagian belakang kenderaan berkenaan penuh dengan barang kawalan, iaitu tepung gandum dan minyak masak subsidi bernilai RM1,527. Barang kawalan dan Toyota Hilux dengan nilai keseluruhan RM81,527 disita.
"Pasukan juga bertindak menahan pasangan suami isteri itu yang juga warganegara asing untuk siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu dan RM2 juta bagi perbadanan, jika sabit kesalahan.
"Mereka direman empat hari bermula hari ini dengan lelaki berkenaan ditahan di lokap Balai Polis Tanah Merah, manakala isterinya di lokap Balai Polis Batang Merbau," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... gandum-minyak-masak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|