|
Laporan BH Online semalam mengenai kejadian Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, 30, ditembak di Jalan Aur Duri di Kampung Seberang Pasir Mas, Salor, Kelantan.
KOTA BHARU: Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, 30, yang cedera ditembak dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali malam kelmarin, kini semakin stabil.
Adik ipar mangsa, Shazwan Razali, 33, berkata abang iparnya yang juga sukarelawan polis, tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.
"Kami bersyukur keadaannya semakin baik. Doktor memaklumkan keadaan abang ipar semakin stabil berbanding semalam dan kini sudah tidak menggunakan bantuan alat pernafasan.
"Namun, dia masih perlu ditidurkan dan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, mangsa ditembak individu tidak dikenali ketika sedang menunggang motosikal di Jalan Aur Duri di Kampung Seberang Pasir Mas, Salor.
Kamarul Fadzreen bagaimanapun sempat menunggang motosikalnya sejauh 100 meter sebelum menghubungi rakan memaklumkan dia ditembak.
Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata suspek direman lima hari bermula semalam sehingga Khamis ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
https://www.bharian.com.my/berit ... ak-masih-ditidurkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|