CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Kelantan] 2 maut dalam kemalangan babit kereta, bas ekspres

[Copy link]
Post time 6-11-2022 12:20 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN di lokasi kemalangan. FOTO IHSAN BOMBA

Pasir Mas: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan bas ekspres dalam kejadian di Kampung Bendang Pauh, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, di sini, jam 5 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan dari Pasir Mas menghala Tanah Merah sebelum bertembung dengan bas ekspres yang membawa 28 penumpang dari arah bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan telefon pada jam 5.08 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.


Mangsa yang juga pemandu, Mohd Yusairie Osman, 38, dan Abdul Majid Hamid, 37, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.

"Abdul Majid tercampak keluar daripada kereta manakala pemandu tersepit di dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan anggota bertugas. Pemandu bas cedera ringan manakala semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pasukan penyelamat menggunakan peralatan alat pemotong untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zulkifli berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 6.55 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kereta-bas-ekspres
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.037027 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list