CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Kelantan] Kampung Tersang digenangi air sejak Jumaat

[Copy link]
Post time 6-11-2022 02:58 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK kampung menggunakan sampan untuk melakukan aktiviti harian berikutan kawasan kediaman masih digenangi air sejak tiga hari lalu ketika tinjauan di Kampung Tersang, hari ini. FOTO Bernama

Pasir Mas: Kawasan Kampung Tersang di Rantau Panjang di sini digenangi air dipercayai akibat limpahan Sungai Lanchang yang berlaku sejak Jumaat.

Penduduk Kampung Tersang, Mohd Hirwan Rajiuon, 41, berkata, setakat tengah hari tadi, kawasan rumahnya masih digenangi air mencecah 0.4 meter.

"Air mula naik pada Jumaat, pada hari itu tidak berlaku sebarang hujan lebat. Namun apabila bangun jam 6.30 pagi saya menyedari kawasan sekitar rumah serta tingkat bawah rumah sudah dimasuki air.

"Setakat tengah hari tadi, keadaan masih tidak berubah. Ini dipercayai berlaku kerana aliran air Sungai Lanchang bertembung dengan air Sungai Golok, paras air Sungai Golok yang juga agak tinggi ketika ini menyebabkan berlaku limpahan ke kawasan kampung ini," katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.


Mohd Hirwan yang juga pemilik kedai haiwan peliharaan itu berkata, limpahan berkenaan menyebabkan beberapa barangan jualan yang diletakkan di tingkat bawah rumah seperti sangkar burung dan dedak jagung rosak.

Bagi Ramlah Mohamad, 63, beliau tidak menjangkakan kejadian itu kerana hujan tidak lebat.

"Syukur juga air tidak begitu tinggi, namun begitu kerana kawasan halaman rumah digenangi air, ahli keluarga mengambil inisiatif membina titi kerana sukar untuk meredah air apabila hendak melakukan sebarang urusan harian di pekan Rantau Panjang," katanya yang tinggal di rumah tersebut bersama 10 anggota keluarga.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Pasir Mas Kapt (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata pihaknya masih memantau kawasan terbabit susulan paras Sungai Golok menunjukkan trend menaik.

"Setakat 8 pagi tadi, paras air Sungai Golok ialah 7.9 meter, 0.9 meter di atas paras berjaga-jaga," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gi-air-sejak-jumaat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.036054 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list