View: 371|Reply: 0
|
[Kelantan]
Stok telur ayam di Pengkalan Chepa masih kurang
[Copy link]
|
|
KELIHATAN bekalan telur ayam didapati kekurangan ketika tinjauan di Pasar pemborong Chow Kit, Kuala Lumpur. FOTO Azhar Ramli
Kota Bharu: Segelintir peniaga mendakwa masih berdepan masalah kekurangan telur ayam apabila pemborong didapati menghadkan bekalan sejak dua bulan lalu.
Tinjauan Harian Metro di sekitar pasar dan kedai runcit di Pengkalan Chepa mendapati bekalan telur masih ada, namun jumlahnya dihadkan oleh pemborong.
Peniaga kedai runcit, Mohd Yusof Yahaya, 54, berkata sejak lebih dua bulan lalu, dia menerima bekalan telur seperti biasa daripada pemborong di Pasir Pekan setiap dua kali seminggu.
"Bagaimanapun, jumlah telur yang diterima sangat terhad jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini di mana kini saya hanya menerima 20 papan setiap kali penghantaran dan ia tidak mencukupi bagi menampung permintaan pelanggan.
"Kebiasaannya 20 papan telur yang diperoleh daripada pembekal akan habis dijual dalam tempoh dua hari sahaja dan untuk menampung keperluan pengguna terpaksa menunggu bekalan seterusnya.
"Saya terpaksa menunggu pemborong menghantar bekalan telur di kedai kerana jika saya sendiri yang pergi membelinya, mereka akan memberi alasan telur sudah habis atau bekalan yang diperoleh dikurangkan," katanya ketika ditemui, hari ini.
Sementara itu, tinjauan turut mendapati harga ikan meningkat antara RM2 hingga RM4 bagi sekilogram ikan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
Peniaga ikan, Rosni Shamsudin, 46, berkata ikan tenggiri yang dijual pada harga RM36 satu kilogram (kg) sebelum ini kini dijual RM38 satu kg, manakala ikan selar yang dijual RM20 satu kg pula kini dijual RM24 satu kg.
"Peralihan Monsun Timur Laut sedikit-sebanyak menjejaskan bekalan ikan disebabkan nelayan tidak dapat keluar ke laut menangkap ikan.
"Selain itu, harga beberapa jenis ikan juga menunjukkan sedikit kenaikan sejak awal bulan ini berikutan kekurangan bekalan kerana keadaan cuaca tidak menentu.
"Bagi memenuhi permintaan pelanggan, saya memperoleh bekalan ikan daripada pemborong di Tok Bali, Kuantan, Kedah dan juga Perak," katanya.
Katanya, buat masa sekarang, keadaan masih terkawal dan bekalan diperoleh seperti biasa, namun dia bimbang bekalan ikan sukar diperolehi menjelang Disember ini sehingga terpaksa menjual ikan sejuk beku.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -chepa-masih-kurang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|