CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Pahang] Sungai Luit di Maran lepasi paras amaran

[Copy link]
Post time 6-11-2022 03:08 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

KUANTAN: Paras air Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran melepasi paras amaran manakala beberapa sungai dilaporkan melepasi paras waspada setakat jam 2 petang, hari ini.

Maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, paras sungai yang melepasi paras waspada ialah Sungai Triang, Triang di Bera; Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Paloh Hinai, Pekan; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan.

Bagaimanapun, info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang dibuka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, berkata jabatan itu sudah bersiap siaga dan sedia menggerakkan anggotanya pada bila-bila masa bila keadaan diperlukan.


Katanya, seramai 982 anggota dari 28 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di seluruh Pahang akan ditugaskan jika berlaku banjir.

"JBPM akan menggerakkan semua anggota yang bukan sahaja di bahagian operasi, malah yang bekerja di pejabat," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 10 Pasukan Gerak Cepat JBPM Pahang di seluruh daerah di Pahang kecuali Cameron Highlands sentiasa bersedia.

Katanya, setiap pasukan itu akan dianggotai seramai 12 orang dalam memberikan perkhidmatan ketika usaha menyelamat mangsa banjir.

"Pasukan ini turut dianggotai Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) danPasukan Penyelamat di Air (PPDA)," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... lepasi-paras-amaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.198248 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list