CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Pahang] Empat sungai di Pahang rekod paras waspada

[Copy link]
Post time 7-11-2022 12:04 PM | Show all posts |Read mode
KUANTAN: Paras air di empat sungai di Pahang dilaporkan melepasi paras waspada setakat jam 11 pagi ini.

Maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, paras sungai yang melepasi paras waspada ialah Sungai Triang, Triang di Bera dan Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran.

Selain itu, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Paloh Hinai, Pekan.

Bagaimanapun, info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang dibuka.


Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.
https://www.bharian.com.my/berit ... rekod-paras-waspada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.167649 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list