CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Kelantan] Enggan putih mata, dua beradik redah banjir kutip timun

[Copy link]
Post time 7-11-2022 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Wan Mohd Amirul (kanan) dan Wan Mohd Hamzani meredah air banjir untuk mengutip hasil timun di kebun mereka di Kampung Padang Licin, di sini. FOTO SYAHERAH MUSTAFA

Rantau Panjang: Tanaman timun milik dua beradik di Kampung Padang Licin, di sini, dijangka kerugian ribuan ringgit jika paras air terus meningkat akibat banjir yang melanda di kawasan rendah sejak tiga hari lalu.

Susulan itu, Wan Mohd Amirul Iman Wan Zain, 26, dan adiknya, Wan Mohd Hamzani Wan Mohd Zain 21, nekad mengharungi air separas 0.5 sehingga 0.7 meter untuk mengutip hasil timun sebelum tanaman terus ditenggelami air.

Wan Mohd Amirul berkata, mereka menjangkakan tanaman sempat dikutip semuanya sebelum banjir tiba, tetapi jangkaan itu meleset apabila air mula memasuki kebunnya beberapa hari lalu.


"Kami tetap mengutip timun yang sudah matang walaupun dalam bah dengan mengharungi air atau menggunakan perahu. Alhamdulillah, setakat ini timun berada dalam kualiti yang baik untuk dijual.

"Timun yang sempat dikutip, kemudian dibungkus dan dijual kepada pemborong di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu dengan harga RM8 satu plastik yang diisi tujuh kilogram (kg) timun.

"Sepatutnya proses mengutip timun adalah selama sebulan tetapi jika keadaan cuaca terus begini, kemungkinan besar kami hanya berputih mata dan membiarkan tanaman tenggelam begitu sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Licin, di sini, hari ini.

Kampung berkenaan adalah antara beberapa penempatan rendah di daerah Pasir Mas yang mula digenangi air akibat kebaikan air Sungai Golok sejak tiga hari lalu.

Wan Mohd Amirul yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Tafsir dari Universiti Al-Azhar, Mesir, berkata tanamannya yang seluas 0.2 hektar itu adalah kali pertama diusahakan sejak September lalu dengan tunjuk ajar bapanya, Wan Mohd Zain Wan Jaafar, 54.

"Sekarang banjir yang melanda masih tidak menenggelamkan tanaman timun secara fertigasi kerana digantung agak tinggi, tetapi jika paras air terus naik pasti semuanya tenggelam.

"Walaupun diuji dengan musibah banjir, ia tidak mematahkan semangat saya dan adik untuk terus berbakti pada tanah. Selepas ini, kami akan pastikan tanaman dilakukan di luar musim Monsun Timur Laut (MTL)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -banjir-kutip-timun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040249 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list