CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Kelantan] Bina stor tinggi simpan barang semasa banjir

[Copy link]
Post time 8-11-2022 10:47 AM | Show all posts |Read mode

YAH Umat menunjukkan stor yang dibina setinggi enam meter persiapan menghadapi banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/ ROHANA ISMAIL.



RANTAU PANJANG: Seorang warga emas sanggup membayar upah untuk membina stor setinggi enam meter sebagai persiapan menghadapi banjir hujung tahun ini selepas trauma rumahnya di Kampung Tersang, di sini ditenggelami bah luar jangka pada Februari lalu.

Yah Umat, 70, berkata, stor yang diperbuat daripada kayu itu dibina dengan kesemua wang simpanannya sebanyak RM2,000.

Menurutnya, stor tersebut merupakan tempat paling selamat untuk keluarganya menyimpan barangan-barangan dalam rumah sekiranya mereka perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Saya bimbang banjir akan lebih teruk hujung tahun ini. Meskipun tiada hujan lebat, air bah sudah melanda rumah saya sejak beberapa hari lalu.

“Stor setinggi enam meter ini akan digunakan untuk menyimpan mesin basuh, pakaian dan barangan elektrik. Kebanyakan barangan itu baru dibeli selepas rosak akibat banjir luar jangka pada Februari lalu,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Yah yang tinggal bersama cucunya, Zuhairi Awang Senik, 24, berkata, stor yang dilengkapi dengan tangga itu dibina bersebelahan rumahnya bagi memudahkan untuk turun dan naik.

Katanya, dia berharap banjir kali ini tidak menenggelamkan stor tersebut yang sudah difikirkan tinggi untuk terjejas banjir.

Selain Yah, seorang lagi penduduk Kampung Tersang, Syed Zainal Abidin Syed Mamat, 62, turut membina stor yang dijadikan rak setinggi tiga meter untuk menempatkan barangan di rumahnya kerana rumah pernah dinaiki air pada paras pinggang ketika banjir Februari lalu.

Katanya, stor tersebut menjadi tempat untuk keluarganya menyimpan barangan rumah semasa banjir berlaku setiap tahun. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... rang-semasa-banjir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.036712 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list