CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk simpan barang di kebun getah elak rosak akibat banjir

[Copy link]
Post time 12-11-2022 12:40 PM | Show all posts |Read mode

SABRI mengangkat barangan menggunakan motosikal roda tiga untuk dipindahkan ke kebun getah di kawasan tinggi yang bebas banjir di Kampung Bawah Lembah, Gual Periok. FOTO SYAHERAH MUSTAFA

Rantau Panjang: Seorang penduduk terpaksa memindahkan barangan buat sementara waktu ke kebun getah yang terletak di kawasan tinggi susulan kediamannya di Kampung Bawah Lembah, Gual Periok di sini, mula dinaiki air sejak malam tadi.

Sabri Ya, 49, mula mengangkat barangan menggunakan perahu mengharungi air separas 0.4 meter sebelum membawanya menggunakan motosikal roda tiga ke kebun getah yang terletak kira-kira 500 meter dari kediamannya.

Katanya, dia sudah menyediakan lapik papan untuk meletak barangan berkenaan serta ditutup dengan kanvas.


"Saya berbuat demikian kerana bahagian dalam rumah juga akan digenangi air jika paras air terus meningkat. Tiada tempat selamat di dalam kediaman untuk dijadikan tempat menyimpan barangan.

"Paras air mula meningkat sejak tengah malam tadi. Saya bersama anak-anak mula memindahkan barangan seawal jam 7 pagi kerana bimbang banjir teruk melanda. Tambahan, kami juga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Periok.

"Hampir setiap tahun rumah saya dilanda banjir namun tidak sampai sehingga meneggelamkan kediaman," katanya ditemui di rumahnya hari ini.

Sabri berkata, keputusan memindahkan barangan di kebun getah itu susulan perit memikirkan banyak barangan yang rosak akibat banjir pada Februari lalu.

Sementara itu, Wan Zulhakimin Wan Husin, 42, dari Kampung Banggol Ubi Keling di sini, berkata kereta dan motosikalnya juga sudah dialih ke kawasan tinggi yang bebas banjir.

"Sebahagian besar penduduk mula menjadikan perahu sebagai pengangkutan utama malah bakal berpindah dalam masa terdekat jika paras air terus meningkat," katanya.

Berdasarkan laman web publicinfobanjir.water.gov.my, air Sungai Golok menunjukkan paras melebihi tahap bahaya dengan bacaan 9.86 meter setakat jam 10.45 pagi hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rosak-akibat-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.196054 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list