CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Kelantan] 4 termasuk pasangan suami isteri ditahan, sepucuk pistol, 50 peluru dan dadah dirampas

[Copy link]
Post time 15-11-2022 03:42 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMAD Zaki tengah) bersama pegawainya menunjukkan rampasan sepucuk pistol revolver bersama 50 biji peluru dalam serbuan di sebuah Kampung Kubang Tuman Jalan Pengkalan Chepa. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Kota Bharu: Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang disyaki anggota sindiket pengedaran dadah ditahan dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan di Kampung Kubang Tuman Jalan Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Serbuan jam 7.41 petang itu turut merampas 132 biji pil yaba, dadah jenis syabu sebanyak 35.89 gram dengan jumlah keseluruhan lebih RM10,000, sepucuk pistol jenis Revolver, 50 butir peluru dan satu kelongsong.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil serbuan, empat individu ditahan iaitu tiga lelaki termasuk dua warga Thailand dan seorang wanita berusia antara 29 hingga 32 tahun.


"Pemeriksaan di dua bilik di rumah tumpangan itu menemukan 132 biji pil yaba, satu beg yang mengandungi dadah jenis syabu dan 45 butir peluru.

"Turut ditemui sepucuk pistol jenis Revolver Smith & Wesson, lima butir peluru dan satu kelongsong peluru di dalam kabinet pakaian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, empat suspek berkenaan yang juga penganggur direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 20 November.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 8 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Beliau berkata, mereka disyaki anggota sindiket yang aktif sejak lebih setahun yang lalu.

Menurutnya, hasil saringan ujian air kencing mendapati tiga suspek lelaki positif dadah jenis Methamphetamine, manakala suspek wanita negatif dadah.

Muhamad Zaki berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan berusaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 50-peluru-dan-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047437 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list