CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

[Kelantan] Projek di pinggir Sungai Golok akibatkan bah teruk

[Copy link]
Post time 15-11-2022 03:49 PM | Show all posts |Read mode
RANTAU PANJANG: Kira-kira 700 penduduk yang terkesan dengan banjir, susulan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok menggesa agensi kerajaan atau kontraktor membuka pintu air dalam tempoh 24 jam atau mereka membuat laporan polis.

Penduduk berkenaan membuat demonstrasi aman, hari ini, sebagai usaha menyuarakan nasib mereka yang kemusnahan harta benda dan rumah, akibat penempatan digenangi air lebih seminggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Banjir Rantau Panjang, Norhisham Abdullah, berkata penduduk bersepakat membuat laporan polis jika masih tiada pihak yang tampil mengambil tindakan segera.

Katanya, selain penduduk Kampung Tersang dan Kampung Gual To'Deh, di sini, terdapat juga beberapa penempatan lain yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, kini menerima nasib yang sama akibat projek terbabit.


"Sebelum ini, kami sudah membuat demonstrasi aman. Hasilnya, terdapat tujuh pintu air dibina oleh kontraktor. Malangnya, ia gagal dibuka dan masih ditutup mengakibatkam aliran air tersekat.

"Selepas perit berhadapan dengan bah besar Februari lalu, kami merayu kepada semua pihak sama ada pemimpin tempatan, kontraktor atau Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) supaya 'celik mata' lihat kesan buruk projek ini kepada kami.

"Kami bukan tidak biasa dengan banjir kerana hampir setiap tahun berhadapan dengan fenomena ini. Bezanya, selepas adanya projek berkenaan banjir berlaku di luar kawalan," katanya di sini, hari ini.

Norhisham berkata, sekarang ini mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Gual To'Deh, sekali lagi diuji kerana perlu berpindah ke PPS lain yang jaraknya agak jauh, kerana mangsa banjir terlalu ramai.

Sementara itu, penduduk, Mohd Arifin Ismail, 60, berkata ada antara mangsa yang perlu tidur di dalam lori atau van kerana tidak mahu berpindah ke PPS yang jauh.

"Mereka berbuat demikian kerana risau untuk meninggalkan rumah yang sudah sedia digenangi air. Sebelum ini, kalau bah melanda, kami masih boleh berlindung di dalam rumah, tetapi kini air naik sehingga hampir menenggelamkan kediaman kami.

"Bukan niat kami nak buat protes, tetapi tolonglah faham situasi yang berlaku sekarang ini. Selain rumah dan harta benda musnah, nyawa kami juga dalam keadaan terancam. Jangan sampai ada nyawa yang hilang.

"Jadi, ambillah tindakan segera yang sekurang-kurangnya meredakan banjir di penempatan ini," katanya.


Penduduk Kampung Tersang dan Kampung Gual To’Deh di Rantau Panjang meminta pintu air dibuka supaya limpahan air mengalir semula ke sungai. - Foto NSTP/Syaherah Mustafa

https://www.bharian.com.my/berit ... akibatkan-bah-teruk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.198933 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list