View: 347|Reply: 0
|
[Terengganu]
PRU15: 11,000 penuntut UniSZA pulang mengundi
[Copy link]
|
|
Mohd Hafiz (kanan) berbual dengan penuntut selepas Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan UniSZA, di kampus itu malam tadi. NSTP/Malik Muhamad
KUALA TERENGGANU: Hampir 11,000 penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan pulang ke destinasi masing-masing bermula hari ini bagi menunaikan amanah mengundi oada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
Penuntut berkenaan sebahagian besarnya adalah pengundi kali pertama selepas pindaan perlembagaan diwartakan pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun ke atas berkuat kuasa pada 15 Disember 2021.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Prof Madya Datuk Dr Mohd Hafiz Yusoff, berkata penuntut dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab pada PRU15.
Katanya, UniSZA menyokong inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi peluang kepada pelajar memainkan peranan memilih kerajaan.
"Seperti diarahkan KPT, mahasiswa dan mahasiswi di universiti ini akan bercuti selama lima hari bermula Khamis (esok) sehingga Isnin sebelum mereka akan kembali semula ke kampus untuk menyambung kuliah pada Selasa minggu depan.
"UniSZA mempunyai 13,000 pelajar, dianggarkan hampir 11,000 penuntut akan pulang untuk menunaikan tanggungjawab mengundi kecuali pelajar dari Sabah dan Sarawak.
"Mereka dilihat begitu teruja kerana sebahagian besarnya adalah kali pertama mengundi, ia selari dengan kebenaran kepada penuntut berpolitik dan mengundi bermula umur 18 tahun. UniSZA memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka untuk mencorak masa depan negara dengan matang.
"Pada masa sama pihak universiti juga berusaha menyediakan pengangkutan bagi memudahkan pelajar pulang, tapi mengikut keperluan dan kemudahan yang ada," katanya ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan UniSZA di kampus itu malam tadi.
Pada majlis itu, seramai 77 pelajar dan kakitangan universiti yang mewakili negeri serta negara dalam pelbagai kejohanan sukan pada tahun ini diraikan dalam misi menjadikan UniSZA melahirkan lebih ramai atlet yang mampu mewakili negara.
https://www.bharian.com.my/berit ... sza-pulang-mengundi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|