CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Pahang] Mangsa harimau akar masih trauma

[Copy link]
Post time 27-11-2022 01:37 PM | Show all posts |Read mode

TAHIR dan isterinya, Farizah masih trauma selepas rumah mereka dimasuki harimau akar.


LIPIS – Tidak mampu menjerit meminta tolong kerana keada­an fizikal yang lemah membuatkan sepasang suami isteri hanya mampu berdoa ketika nyawa mereka bagaikan dihujung tanduk selepas diserang seekor harimau akar di Kampung Sentang di sini dua hari lalu.

Dalam kejadian itu, Tahir Al Tipah, 58, yang menderita kanser peti suara berdoa agar haiwan liar itu berlalu pergi dan tidak menyerangnya serta isteri, Farizah Ishak, 58, yang terlantar akibat strok.

Pasangan itu bersyukur ke­rana harimau dengan berat lebih 30 kilogram itu tidak menyerang mereka, sebaliknya beredar me­lalui tingkap.

Kejadian mencemaskan itu membuatkan Tahir yang tidak boleh mengeluarkan suara masih trauma. Warga emas itu kelihatan terketar-ketar ketika berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat.

Kakak iparnya, Siti Hapesah Ishak, 73, berkata, semasa kejadian, Tahir yang sedang baring di hadapan televisyen terkejut dengan kehadiran harimau akar sebelum manghalau haiwan tersebut.

“Mungkin sebab terkejut harimau itu melompat ke atas katil Faridah menyebabkan dia meng­alami luka pada kening kanan.

“Harimau itu kemudiannya melompat keluar melalui tingkap dan bersembunyi di bawah rumah. Tahir kemudian memang­gil saya bagi memaklumkan kejadian tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.


Menurut Siti Hapesah, pada mulanya dia menyangka haiwan tersebut adalah kucing atau haiwan lain, namun sebaik disuluh mereka terkejut kerana ia merupakan harimau akar yang bersaiz agak besar di bawah rumah ber­kenaan.

Tambahnya, Faridah hanya cedera ringan dan dirawat petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Padang Tengku.

Siti Hapesah memberitahu, kejadian ‘dikunjungi’ harimau akar itu adalah pertama berlaku di kampung berkenaan.

“Ia bukan sahaja menggemparkan penduduk kampung, malah kami juga takut jika kejadian sama akan berulang lagi.

“Sebelum ini penduduk kampung tidak pernah melihat kelibat harimau akar. Mungkin habitatnya terancam dan tiada makanan menyebabkan ia keluar dari hutan dan mencari makanan di sekitar kampung ini,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... -akar-masih-trauma/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.049541 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list