View: 335|Reply: 0
|
[Kelantan]
Roti canai London, roti canai surat khabar tarikan gerai pesara posmen
[Copy link]
|
|
WAN Hassan Wan Omar menunjukkan roti canai surat khabar yang laris dijual di kedainya di Bandar Baru, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
GUA MUSANG: Seorang pesara posmen tidak mahu berpeluk tubuh selepas bersara dengan menceburi bidang perniagaan menjual roti canai London dan roti surat khabar di Bandar Baru di sini sejak lebih 12 tahun lalu untuk menjana pendapatan keluarga.
Wan Hassan Wan Omar, 67, atau lebih mesra dengan panggilan Tok We berkata, roti canai berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan apabila laku lebih 100 biji sehari.
“Roti London dihidang bersama telur separuh masak, sayuran salad atau buah anggur. Bagi roti surat khabar adalah seperti roti tisu yang nipis mempunyai ketinggian sederhana dan lebar. Sebelum ini kedai saya hanya menjual roti canai kosong dan roti canai telur sebelum menambah roti lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Wan Hassan berkata, dia tidak menang tangan apabila mendapat tempahan pelanggan seawal pukul 7 pagi setiap hari.
Katanya, roti canainya mendapat permintaan daripada pengguna jalan raya dan pelancong asing yang singgah di bandar ini.
“Kedai saya turut dikunjungi pelancong asing kerana tertarik dengan nama roti London.
Antara menu popular selain roti canai biasa yang dihasilkan adalah roti sarang burung, roti bawang dan sup tulang dunia,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... erai-pesara-posmen/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|