CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Kelantan] Warga emas patah kaki, terlanggar buaya lintas jalan

[Copy link]
Post time 29-11-2022 05:18 PM | Show all posts |Read mode

ROSSAZALI Abdullah ketika mendapat rawatan awal di HTA, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. - FOTO/IHSAN KELUARGA

   

BACHOK: Seorang pesara kerajaan patah kaki kanan selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai terlanggar seekor buaya sedang melintas jalan raya di Kampung Kubang Telaga, di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mangsa, Rossazali Abdullah, 61, yang menunggang motosikalnya terbabas ke dalam kawasan lumpur yang terletak di bahu jalan.

Rossazali berkata, semasa kejadian, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Desa Anda, Pasir Puteh dari Kampung Gunong di sini.

Dakwanya, apabila tiba di lokasi kejadian, dia tidak sempat brek selepas melihat seekor buaya  berukuran lebih dua meter sedang melintas jalan.

“Saya terpaksa melanggar buaya itu kerana tidak sempat menekan brek secara mengejut. Sebaik sahaja tayar depan melepasi bahagian tengah badan reptilia itu, motosikal saya tidak dapat dikawal sebelum terkena libasan ekornya.

“Insiden itu menyebabkan motosikal saya terus terjunam ke dalam kawasan lumpur di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Rossazali memberitahu, dia dibawa ke wad kecemasan Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian petang ini.

Katanya, keputusan ujian X-ray di Hospital Tengku Anis mendapati, kaki kanannya patah akibat kemalangan itu.

“Setakat ini, dia belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana mahu menjalani proses rawatan terlebih dahulu,” ujarnya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... buaya-lintas-jalan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.034538 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list