View: 301|Reply: 0
|
[Kedah]
Belacan Kuala Jerlun ada umphh...
[Copy link]
|
|

PROSES pembuatan belacan ambil masa 24 jam bergantung kepada keadaan cuaca. FOTO BERNAMA
Jerlun: Masyarakat sejak dulu sinonim dengan penggunaan belacan bagi menambah kelazatan dalam pelbagai jenis masakan dan biarpun secubit digunakan namun tanpanya (belacan) umpama menikmati 'nasi kosong.'
Biarpun begitu, ada yang tidak tahu proses pembuatan belacan terutama pembuatan belacan secara tradisional.
Peluang dua jam di laut Menyorong Udang Siring @ Udang Geragau di Kuala Jerlun bersama pak cik Mat Yusof Sa'ad, Omar Din dan Sharulrizal Ismail yang turun ke laut seawal jam 7 pagi, menyaksikan empat bakul udang berjaya diangkat ke darat menggunakan pukat siring iaitu peralatan menyorong udang yang dipasang pada dua batang buluh yang direntang sepanjang lebih sembilan meter.

EMPAT bakul udang geragau berjaya dikumpul. FOTO BERNAMA
Pukat tersebut dikendali dengan kaedah menyorong atau menolak ke dua dua batang buluh dilantai pasir pantai yang akan menyebabkan udang terperangkap ke dalam jaring yang ditolak.
Udang geragau ini sejenis udang bersaiz kecil dengan nama saintifik (Acetes japonicus) yang datang secara bermusim di pantai negara kita juga digelar udang siring oleh penduduk tempatan merupakan bahan utama dalam industri pembuatan belacan.
Keaslian belacan buatan tangan Kuala Jerlun ialah lebih 'terasa' udangnya dan ianya melibatkan campuran udang dan garam tanpa campuran lain seperti pisang yang didakwa digunakan oleh pihak tertentu.
Proses pembuatan belacan secara tradisional ini mengambil masa 24 jam bergantung kepada keadaan cuaca.

BELACAN buatan tangan Kuala Jerlun hanya membabitkan campuran udang dan garam. FOTO BERNAMA
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... la-jerlun-ada-umphh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|