CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8079|Reply: 50

Roslan Shah ditaja RM80,000

[Copy link]
Post time 22-11-2010 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Roslan Shah ditaja RM80,000Oleh ADLAN JAAFAR

DRAMA Sejambak Bukan Serumpun memberi peluang buat Roslan untuk melakonkan watak lelaki maskulin,



MABUK ESTROGEN, sebuah telefilem yang mengundang angin kontroversi dalam kehidupan seni  Roslan Shah suatu ketika dulu. Babak Vee, lakonannya yang diberi bantuan kecemasan pernafasan mulut ke mulut (CPR) oleh Awang lakonan Fizz Fairuz di tepi kolam renang menjadi perbualan khalayak ketika itu.
Kemudian, dia  muncul pula dengan watak Mami menerusi  filem pendek, Chukang arahan Suhaimi Lua Abdullah. Lakonan serta jalan cerita filem tersebut,  turut mengundang kontroversi di dada akhbar.
Mahu keluar dari kepompong watak stereotaip, Roslan Shah kali ini akan muncul dengan sesuatu yang berbeza.  Menjalani penggambaran selama 40 hari, drama bersiri Sejambak Bukan Serumpun arahan Mat London memberi peluang Roslan Shah memainkan peranan maskulin.
“Saya dikenali dengan watak-watak gay dan lembut dan kali ini, watak Rahim memberi cabaran kepada saya dalam bidang lakonan.
“Kali ini saya membawa watak yang lebih serius tetapi masih lagi terdapat elemen komedi dalam drama ini.
“Suhaimi Lua Abdullah, pengurus produksi drama ini menawarkan saya untuk melakonkan watak Rahim.
“Selepas berbincang dan melihatkan komitmen saya dalam menghidupkan sesuatu watak melalui kajian, Mat London bersetuju mengambil saya,” ujar Roslan  yang hadir ke studio Utusan baru-baru ini lengkap berpakaian pengawal keselamatan.
Bagi merealisasikan  watak Rahim yang merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, Roslan meresap ke dalam perjalanan seorang lelaki yang mempunyai banyak sifat negatif.
Malas bekerja, gemar curi tulang, suka mengendap dan tidur ketika bertugas merupakan karakter yang dibawanya serta sebuah cerminan sikap segelintir rakyat Malaysia.
Demi menjayakan watak itu, Roslan mengambil alternatif dan membuat kajian mengenai kehidupan pengawal keselamatan selama dua minggu.
“Selepas semua aktiviti harian saya selesai, kira-kira pukul 2 pagi, saya akan luangkan masa sekurang-kurang setengah jam untuk duduk dan berbual dengan pengawal keselamatan di kediaman saya.
“Saya melihat bagaimana gaya percakapan, pergaulan, pemakaian dan cara mereka berkerja. Selain itu, saya juga melakukan pemerhatian dari jauh perihal gelagat pengawal keselamatan,” tambah Roslan yang sudah berlakon lebih 10 buah drama.
Dengan persediaan yang telah dibuat, Roslan yakin dia  bersedia untuk membawakan sebuah karakter yang menuntut sebuah fokus yang mendalam.
Drama yang akan ditayangkan di RTM1 tahun hadapan turut dibintangi Azam Pitt, Nazim Othman, Meor Hashim Manap, Maimon Talib, Fimie Don dan ramai lagi.
Rita ganti  Sosilawati
Memasuki usia 40 pada 17 November lalu, Roslan akan menyambut hari jadinya secara besar-besaran di Restoran Cerana, Cheras, Kuala Lumpur pada malam esok.
Bertema ‘glamor bling bling’, para tetamu yang tampil sesuai dengan tema majlis tersebut akan dipilih untuk memenangi empat bentuk cincin yang di taja oleh Ramli Lazim dari Reefa Gold (Di hatimu) yang baru sahaja membuka cawangan di Wangsa Walk Mall.
“Selain tajaan cincin, Reefa Gold juga menaja baucar RM100 bagi kira-kira 300 tetamu yang dijangka pada majlis hari jadi saya nanti, jadi jumlah tajaan daripada Reefa Gold (dihatimu) sahaja sudah mencecah RM50,000,” akui Roslan.
“Selain itu, tetamu yang hadir nanti berpeluang memenangi hadiah tiket penerbangan pergi balik ke destinasi terpilih iaitu Hong Kong, Shanghai dan China tajaan Jaza Global Sarang Burung serta penginapan dan makan minum oleh Ripple Mate Tea turut disediakan. Maka, jumlah keseluruhan tajaan mencecah RM80,000,” katanya tanpa berselindung.
ROSLAN bersama  pemilik Reefa Gold (Di hatimu), Ramli Lazim yang turut menaja majlis hari jadinya pada tahun ini.



Ketika ditebak dengan isu penajaan artis yang kadangkala membawa masalah, Roslan menjawab dengan tenang dan menjelaskan bahawa dia tidak pernah berdepan dengan polemik melibatkan pihak penaja.
Malah, kebanyakan pihak penaja yang mahu menaja Roslan  adalah atas permintaan pihak penaja sendiri.
“Cuma ada juga yang ingin potong jalan saya dengan menghubungi pihak yang pernah menaja saya dan minta mereka  pula ditaja, tetapi saya tidak akan berbuat begitu kerana sifat cemburu dan dengki perlu disingkir,” tambah anak kelahiran Jurong, Singapura itu.
Walaupun majlis kali ini mendapat pelbagai tajaan, Roslan bagaimana masih berasa sedih dengan kehilangan Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya yang pernah menjadi penaja hari jadinya  sebelum ini selama empat tahun berturut-turut dari tahun 2006 hingga 2009.
“Saya berasa kekurangan dan sedikit kelainan kerana arwah seorang yang ceria dan dia seorang yang berfikiran terbuka. Dia merupakan salah seorang tetamu VVIP saya setiap tahun.
“Pada tahun ini, saya akan menjemput anak sulung arwah Sosilawati, Rita (Erni Dekritawati Yuliana) dan tempat duduk dia pada majlis itu nanti khusus disediakan di tempat   yang sama arwah pernah duduk dulu,” katanya yang sudah 10 tahun terlibat dalam bidang seni di Malaysia.

KREDIT TO KOSMO


p/s : samdol betol.. ni nk promo dpt sponsor ye sebenonye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2010 01:43 AM | Show all posts
kat melodi aritu owner reefa gold nih siap puji roslan shah ni ensem..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 05:22 PM | Show all posts
aku rasa owner tu agak buta kot. hahah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 05:28 PM | Show all posts
tertanya2 apa relevannya dia neh kat industri seni...cewahhh~!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 05:30 PM | Show all posts
dia ni memang best klu jadi pengacara..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 05:53 PM | Show all posts
Reply 5# uling5213

bes ke dia jd pengacara... nk kate sudirman pun tidak...... aznil pun tidak... azwan ali pun tidak... tp x tahan dia quote nama arwah sosila...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2010 05:56 PM | Show all posts
dia ni pakai apa pon even botakkan kepala tetap nmpak pondan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 07:15 PM | Show all posts
nape ye ramai yg taja besday dia nih..?
80 k tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2010 08:24 PM | Show all posts
dia ni memang best klu jadi pengacara..
uling5213 Post at 23-11-2010 17:30



    setuju.....aku pernah tengok dia mengacara masa makan2 kat my pren corner dulu2...mmg menghiburkan...dia talented sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 10:18 PM | Show all posts
Ni lah namanya rezeki. Jangan jelos!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 10:53 PM | Show all posts
Erkkk.. awat dada owner Reefa Gold merah2 jek.. musti kena geget dgn Roslan tu dlm kelambu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:04 PM | Show all posts
marveles....artis mcm ni pun org taja sampai 80k
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:04 PM | Show all posts
marveles....artis mcm ni pun org taja sampai 80k
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:10 PM | Show all posts
dia ni pakai apa pon even botakkan kepala tetap nmpak pondan..
nashrudean Post at 23-11-2010 17:56



   2LA PASAL...DLU AKU TGK DIE ADE LA HENSEM GAK...TP,BILE DA TAU DIE NI ALA2 FONEN.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:35 PM | Show all posts
{:3_84:}
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:36 PM | Show all posts
kontroversi sungguh wartawan Melodi terjah Roslan Shah ni hari tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2010 03:04 AM | Show all posts
jadi anak hayam orang tua ni kot.. yg orang tua ni pakai kemeja siap tayang dada lagi...
pejai_arts Post at 23-11-2010 19:52



    nak tayang bulu dada kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 09:13 AM | Show all posts
Entah apa-apa punya cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 09:41 AM | Show all posts
Wartawan melodi mulut cukup cabui masa terjah dia ni haritu dengan soklan2 yg mcm haram.  Soalan yg patut dijawab dengan penendang.  Terkulat2 muka mamat ni, tp diam aje la... depan kamera kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 09:51 AM | Show all posts
owner tu ader ati ngn roslen kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.075070 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list