CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Kedah] Rancang bina lebih banyak PPS kekal

[Copy link]
Post time 5-3-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Rancang bina lebih banyak PPS kekal


M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]



AHMAD Zahid (kiri) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ramlan Harun (kanan) ketika taklimat sempena lawatan kerja di KEDA. FOTO Luqman Hakim Zubir




Alor Setar: Kerajaan merancang membina lebih banyak Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kekal di seluruh negara selepas menyiapkan lapan kemudahan itu setakat ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PPS kekal berkenaan akan dibina di kawasan sekolah yang sering dijadikan lokasi penempatan mangsa banjir sebelum ini.

Jelasnya, pembinaan kemudahan itu akan dibina mengikut keutamaan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor selain di negeri pantai barat lain yang didapati kerap berlaku bencana.

"Setakat ini kita sudah bina lapan PPS kekal yang peruntukkanya disalur NADMA terus kepada pihak sekolah bagi menguruskannya," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, selama ini mangsa banjir kerap berhadapan masalah apabila terpaksa tinggal lama di PPS yang tidak mempunyai kemudahan lengkap.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya mengenal pasti terdapat kira-kira 1,000 sekolah yang dijadikan PPS tetapi tidak mempunyai kemudahan lengkap.

"Ada dewan sekolah yang dijadikan PPS tidak cukup tandas dan bilik mandi, jadi kita kena bina kemudahan itu untuk mangsa yang terpaksa dipindahkan.

"Di luar musim banjir pula, dewan PPS itu boleh digunakan pihak sekolah, pelajar dan masyarakat bagi mengadakan aktiviti lain," katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan terdapat lebih 1,000 hektar tanah terbiar KEDA yang boleh dimanfaatkan melalui pendekatan baharu dalam membangunkan ekonomi penduduk luar bandar.

"Cabaran utama yang dihadapi kita adalah tanah terbiar ini terletak dalam keadaan berselerak dan keluasannya berbeza-beza menyebabkan perlu ada kaedah baharu dalam membangunkannya.

"Perlu ada pendekatan berlainan dalam menguruskan isu ini, boleh diadakan program keusahawanan yang sesuai kepada penduduk di kawasan terbabit," katanya.




Disiarkan pada: Mac 5, 2023 @ 3:37pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.117243 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list