CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1961|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rumah terbakar sepenuhnya, nenek, cucu berjaya selamatkan diri

[Copy link]
Post time 6-3-2023 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Rumah terbakar sepenuhnya, nenek, cucu berjaya selamatkan diri


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mac 6, 2023 @ 9:46pm [email protected]




Warga emas bersama cucunya tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiami musnah dalam kebakaran petang tadi. NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI




BAYAN LEPAS: Wanita warga emas dan cucu perempuannya berusia tujuh tahun tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di Lebuh Sungai Ara, di sini, hari ini.

Difahamkan, wanita berusia 67 tahun itu tertidur akibat gejala hipoglicemia berikutan kencing manis dihidapi, namun sempat dikejutkan cucunya selepas terlihat percikan api di bahagian atas rumah berkenaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Rohaizal Abd Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.51 petang.

Katanya, anggota dari BBP Paya Terubong, BBP Seri Balik Pulau dan lima Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terdekat turut ke lokasi sebaik menerima panggilan.

"Jentera mengambil masa sehingga lapan minit untuk tiba di lokasi disebabkan kesesakan trafik berikutan waktu puncak.

"Ketika tiba di tempat kejadian, didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas B dan difahamkan dua penghuni berjaya menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Rohaizal berkata, anggota mengambil masa 15 minit bagi mengawal kebakaran.

Katanya, kedudukan rumah yang dalam keadaan rapat antara satu sama lain turut menyebabkan balkoni rumah berhampiran disambar api.

"Orang awam yang memenuhi bahagian hadapan rumah bagi melihat kejadian juga menyebabkan kerja memadamkan api menjadi sukar dan dikhuatiri mereka terdedah kepada arus elektrik yang menyebabkan renjatan," katanya.

Katanya, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.486695 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list