CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2373|Reply: 0

[Pulau Pinang] Projek tambakan laut Pulau Pinang belum diluluskan

[Copy link]
Post time 8-3-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Projek tambakan laut Pulau Pinang belum diluluskan


Oleh Ahmad Suhael Adnan - Mac 8, 2023 @ 11:41am [email protected]




Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad




KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA) memaklumkan projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang membabitkan tambakan laut belum diluluskan setakat ini.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, memaklumkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih dalam proses menilai Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam (EIA) kelima yang diserahkan pihak pemaju.

"Projek ini telah melalui satu proses yang agak komprehensif dari segi laporan EIA kerana kalau kita soroti kembali, ia mula diluluskan pada 25 Jun 2019, sebelum berlaku rayuan dan EIA itu dibatalkan.

"Selepas itu EIA baharu dikemukakan pada 29 April 2022 dan apabila JAS tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam EIA itu, tiga lagi serahan dibuat iaitu pada 30 Ogos 2022, 23 Oktober 2022 dan yang terbaharu 18 Januari lalu.

"Jadi yang saya boleh katakan setakat ini ia masih belum diluluskan. JAS melakukan tugas yang sangat baik dan pihak kerajaan negeri juga memberi laporan dan membuat penyesuaian sebanyak tiga kali dan secara keseluruhan lima EIA diserahkan.

"Kedua-dua pihak memainkan peranan mereka dan kita ikut proses yang ada untuk lihat sama ada ia diluluskan atau ditolak," katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) yang bertanya sama ada KeTSA berhasrat membatalkan projek PSI yang gagal memenuhi garis panduan EIA serta Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA).









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.061138 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list